Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Bil. 2 Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran 1447H / 2026M telah diadakan pada 19 Januari 2026 bertempat di Wisma Darul Iman. Mesyuarat dipengerusikan secara bersama oleh YBhg. Dato' Ab Rasid bin Jusoh, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) dan YBrs. Dr. Mohamad Kori Jusoh, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM.
Mesyuarat memfokuskan pelaporan kerja bagi setiap Jawatankuasa bagi MTHQK yang akan berlangsung pada 13 - 18 April 2026 di Dewan Arena, Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu.
Alhamdulillah tema 'Kalam Ilahi, Tradisi Diwarisi' juga telah dipilih.Mesyuarat menyatakan harapan agar majlis yang akan berlangsung kurang daripada 90 hari ini akan berjalan lancar insyaAllah.


