Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
22–23 Januari 2026: Malaysia mencatat pencapaian penting apabila berjaya membentangkan Laporan Berkala Kedua hingga Keempat Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC) di Geneva, Switzerland pada 22–23 Januari 2026.

Bagi memastikan maklum balas negara kekal kukuh dan berfakta, Pasukan Maklum Balas Segera telah digerakkan secara berpusat di Kuala Lumpur melibatkan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.

JAKIM turut memainkan peranan strategik melalui Bahagian Dasar Kemajuan Islam dan Bahagian Penyelidikan dengan menyelaras input teknikal serta menyediakan draf maklum balas bertulis dalam tempoh kritikal 48 jam.

Komitmen ini membuktikan kesungguhan Kerajaan Madani demi memastikan hak dan kebajikan kanak-kanak ditangani secara holistik selari dengan prinsip Islam dan perundangan negara, sekali gus mengangkat imej Malaysia di persada dunia.

Konvensyen Hak Kanak Kanak 01

Konvensyen Hak Kanak Kanak 02

Konvensyen Hak Kanak Kanak 03

Konvensyen Hak Kanak Kanak 04