Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam

kerajaan negeri disaran membuat penjenamaan semula terhadap Sekolah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam menjadikannya sebagai pusat pendidikan agama Islam yang terbaik.

YBhg Tan Sri Dato’ Prof. Dr. Mohd Yusof bin Noor

Pengerusi LEPAI

 

YBhg Tan Sri Dato’ Prof. Dr. Mohd Yusof Noor dalam perutusan beliau semasa mempengerusikan Persidangan Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) Kali Ke-47 pada 25 Oktober 2016 bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi Selangor, telah menyarankan supaya :

 

  1. persepsi segelintir masyarakat bahawa Sekolah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sebagai institusi pendidikan kelas kedua harus diperbetulkan. Penjenamaan baharu terhadap institusi pendidikan ini direalisasikan iaitu “Menjadikan Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Rakyat Sebagai Pusat Pendidikan Agama Islam Yang Terbaik” hendaklah dibuat.
  1. kedudukan Sekolah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) hendaklah diletakkan pada tempat yang sewajarnya dengan memastikan sistem pendidikan agama Islam di sekolah tersebut mampu melahirkan modal insan yang menjadi aset berharga dan penyumbang utama kepada pembangunan dan kemajuan agama, bangsa dan negara.

 

YBhg Tan Sri juga menyatakan bahawa sumbangan yang telah diberikan oleh generasi pelajar daripada Sekolah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) amatlah besar, bahkan sejak lama dahulu institusi inilah yang menjadi lubuk, tempat lahirnya ulamak dan para cendikiawan tersohor seantero negara merentas nusantara sehingga ke persada antarabangsa.

 

Persidangan ini telah dihadiri oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat ahli LEPAI yang dilantik oleh Raja/Sultan di negeri-negeri, ahli-ahli LEPAI yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja dan YBhg Tan Sri Dato’ Hj Othman bin Mustapha; Ketua Pengarah Jakim selaku Setiausaha LEPAI. Hadir bersama dalam persidangan ini ialah YBhg Datuk Hj Mohamad Nordin bin Ibrahim; Timbalan Ketua Pengarah Dasar Jakim. Pengarah- pengarah Jabatan Agama Islam negeri – negeri, Pengarah Yayasan Islam Terengganu, para pegawai kanan Jakim dan wakil-wakil Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Yayasan Islam Kelantan. 

 

Malah, bersempena dengan Pembentangan Belanjawan 2017 yang telah diumukan di Dewan Rakyat pada 21 Oktober 2016, YBhg Tan Sri Pengerusi LEPAI mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak; Perdana Menteri Malaysia atas perhatian beliau dalam mengangkat martabat institusi pendidikan agama Islam di negara ini dengan mengumumkan beberapa peruntukan bajet 2017 yang akan diselaraskan oleh Jakim iaitu :

 

  1. RM50 juta kepada sekolah pondok berdaftar,
  2. RM30 juta bagi menyelaras pendidikan tahfiz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara
  3. kenaikan elaun guru KAFA sebanyak RM100 daripada RM800.00 kepada RM900.00.

Berita Persidangan LEPAI Kali Ke-47 boleh turut dilihat melalui link berikut :

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/lepai-mahu-pendidikan-agama-islam-dijenamakan-semula-1.399479

https://www.youtube.com/watch?v=BKpmKKxR9EE

 

lepai3

 

lepai7

 

lepai5

 

lepai6

 

lepai2