Sinopsis:
Buku ini memuatkan suara hati sesetengah anak kepada bapa-bapa mereka. Melalui buku ini diharapkan para bapa dapat menghayati keluhan dan rintihan suara hati si anak. la mengungkapkan tentang permasalahan yang dihadapi oleh anak-anak dan diadaptasikan melalui butiran tutur kata tersusun yang mengungkapkan cita-cita, harapan dan kesengsaraan mereka.
Ia juga adalah himpunan beberapa mutiara bernilai serta cetusan hati yang benar dan amanah ditujukan untuk semua bapa yang mahukan kebaikan anak- anaknya agar ia menjadikan mereka berbahagia di dunia melalui kebaikan anak-anaknya dan berbahagia setelah mati melalui doa yang dipanjatkan oleh anak-anak.
Melalui buku ini, adalah diharapkan para bapa dapat mengerti apa yang bakal diutarakan oleh anak-anak mereka.Dengan rasa kasih yang mendalam, rindu yang menebal, maka suara hati mereka membisikkan. Cetusan hati ini terbit daripada kalbu saudara yang mulia Abdul Latif bin Hajis al-Ghamidi.
la adalah satu sumbangan ke arah memperbetul cara para bapa mendidik anak-anak. Cetusan hati ini juga adalah satu usaha untuk sama-sama memberikan sumbangan dalam berdakwah di jalan Allah melalui susunan kata-kata yang halus dan menggamit perasaan. la digubah sebegitu rupa dengan uslub sastera dan disulami dengan firman-firman Allah SWT dan sabda Rasul junjungan SAW. Mudah-mudahan Allah memberikan ganjaran yang setimpal atas usaha yang dilakukan oleh beliau.
~ Abdul Latif bin Hajis al-Ghamidi ~