Sinopsis:
Kemunculan golongan anti-hadith atau inkar sunnah bukan perkara baru dalam dunia Islam. la telah bermula daripada peristiwa Wasil bin Atha' keluar daripada majlis guru Hasan al-Basri dan membentuk jemaah alirannya sendiri. Golongan ini timbul dan berpusat di Basrah. Mereka menolak hadith sebagai sumber hukum serta lebih cenderung menggunakan aqal fikiran semata- mata.
Rentetan daripada itu, cebisan fahaman tersebut kini cuba bertapak pula di negara ini. Dengan hujah yang lemah mereka berpendapat hadith-hadith nabi perlu dikaji semula yang menurut mereka hadith merupakan punca perpecahan ummah. Namun, persoalan yang timbul di sini ialah adakah benar dakwaan tersebut dan setakat mana pula pemahaman mereka tentang ilmu mustalah hadith ketika mengeluarkaan tuduhan yang melulu itu.
Menyedari permasalahan tersebut, maka buku ini berusaha memberikan penjelasan tentang. beberapa aspek yang cuba diselewangkan erentak membersihkan dakwaan mereka daripada kalangan masyarakat Islam