Judul: Panduan Mengurus Jenazah
Kategori: Buku Jualan
Harga: RM9.00
Sinopsis:

Kesedaran tentang perlunya masyarakat Islam kepada orang- orang yang ahli dalam bab mengurus jenazah makin lantang kedengaran pada masa yang akhir-akhir ini - memandang perkampungan masyarakat Islam yang sedang terbentuk dengan pesatnya di bandar-bandar dan qariah-qariah di kelilingnya, lebih-lebih lagi dalam kalangan penduduk rumah- rumah pangsa.

Gambaran masalah ini telah dipaparkan dalam akhbar dengan jelasnya, terutama dalam rencana pengarang "Utusan Zaman" keluaran 4 haribulan Jun, 1978 yang lalu.

Buku "Panduan Mengurus Jenazah" ini disusun khas dengan harapan supaya makin bertambah ramai orang-orang kita yang dapat menguruskan jenazah (memandi, mengapankan, dan seterusnya) sehingga siap untuk disembahyangkan dan dikebumikan.

Semoga Allah SWT memberi taufik, supaya kita yang hidup dapat melakukan apa yang dituntut oleh syarak - terhadap saudara- saudara kita yang telah mati - dengan ikhlas dan sempurna.