Sebagai sebuah agensi utama pengurusan hal ehwal islam di peringkat persekutuan serta urus setia kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), Maka JAKIM melaksanakan tiga fungsi utama berikut :
 

Fungsi 1 : Penggubalan dan Penyeragaman Undang-Undang Syarak

Fungsi 2 : Penyelarasan dan Pembangunan Pendidikan Islam

Fungsi 3 : Penyelarasan Pentadbiran Islam

 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, akan berperanan sebagai agensi pusat dalam perancangan pengurusan Hal Ehwal Islam dan pembangunan ummah dengan fungsi-fungsi seperti berikut: 

  1. Bertanggungjawab sebagai perancang yang menentukan pembangunan dan kemajuan Hal Ehwal Islam di negara ini;

  2. Merangka dasar bagi pembangunan Hal Ehwal Islam di negara ini dan menjaga kesucian akidah dan ajaran Islam

  3. Membantu menggubal dan menyeragam undang-undang dan peraturan yang diperlukan serta menilai dan menyelaras pelaksanaan undang-undang dan pentadbiran yang sedia ada dari masa ke semasa dalam usaha untuk menyelesaikan masalah-masalah umat Islam;

  4. Melaksanakan program-program pembangunan ummah dan penghayatan Islam dalam pengurusan negara;

  5. Menyelaras mekanisma penguatkuasaan undang-undang serta peraturan-peraturan pentadbiran Hal Ehwal Islam di seluruh negara;

  6. Membuat penilaian program-program Hal Ehwal Islam yang dilaksanakan di negara ini;

  7. Bertindak sebagai pengumpul, penyebar dan pusat rujukan maklumat mengenai hal ehwal Islam; dan

  8. Melaksanakan usaha-usaha pembangunan ummah melalui kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.