LOGO JAKIM small

KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

MENGENAI

PELANTIKAN PENGERUSI JAWATANKUASA PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM KEBANGSAAN
MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA (MKI)

Bil.18/2022

  1. Sukacita dimaklumkan, bahawa YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Islam Kebangsaan, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI). Jawatankuasa ini telah dinaik taraf dari Persidangan Ketua-Ketua Jabatan / Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia (PKJ) yang sebelum ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JAKIM.

  2. Mesyuarat Majlis Raja Raja (MRR) Kali Ke-259 yang telah diadakan pada 30 Jun 2022 telah berkenan untuk menaik taraf jawatankuasa ini dan Ketua Setiausaha Negara diperkenan sebagai Pengerusi secara Ex-Officio berkuatkuasa mulai 30 Jun 2022 sehingga 29 Jun 2024. Watikah pelantikan beliau telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj selaku Pengerusi MKI pada Khamis, 1 September 2022. Keanggotaan Jawatankuasa ini adalah terdiri daripada wakil Majlis Agama Islam Negeri-Negeri setelah mendapat perkenan Raja Pemerintah di Negeri tersebut, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri dan dua orang ahli yang dilantik oleh MKI dengan perkenan MRR.

  3. Jawatankuasa yang diurusetiakan oleh JAKIM ini ditubuhkan bagi menyediakan platform untuk membincangkan perkara dasar berkaitan pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia antaranya bagi memastikan pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia pada tahap terbaik selari dengan undang-undang, dasar dan peraturan yang berkuatkuasa selaras dengan agama Islam sebagai Agama Persekutuan. Ia juga bertindak sebagai kumpulan pemikir (think tank) yang menentukan dasar-dasar berkaitan tadbir urus terbaik hal ehwal Islam di Malaysia serta bertanggungjawab menyelaras dan mewujudkan keseragaman dalam pentadbiran dan pelaksanaan hal ehwal agama Islam di Malaysia.

 
Sekian.

π——π—”π—§π—¨π—ž 𝗛𝗔𝗝𝗔𝗛 π—›π—”π—žπ—œπ— π—”π—› 𝗕𝗧 𝗠𝗒𝗛𝗗 𝗬𝗨𝗦𝗒𝗙𝗙
Ketua Pengarah JAKIM Merangkap Setiausaha MKI
3 September 2022

https://www.facebook.com/100064829375273/posts/pfbid02yfFPtgMhFqj8VqPcELDCHKAp9uS5wdk6Sc5GUwHjj4aeDHBWcAP84SKPE7YcYuNvl/