LOGO JAKIM small

KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH JAKIM

BERKAITAN

MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN KALI KE-16 TAHUN 2022

Bil.20/2022

  1. Majlis Istiadat Konvokesyen Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah berlangsung pada 24 September 2022 bertempat di Dewan Utama Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Keningau bagi meraikan kejayaan graduan Diploma Dakwah Islamiyyah (DDI), Sijil Pengajian Islam (SPI) dan juga Sijil Asas Pengajian Malaysia (SAPIM).

  2. Majlis Istiadat Konvokesyen Kali Ke-16 ini adalah buat julung kalinya diadakan secara bersemuka setelah penularan wabak Covid-19 berlaku di seluruh dunia menyebabkan WHO mengisytiharkan ia sebagai Pandemik. Majlis Istiadat pada kali ini menyaksikan seramai 244 orang graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian di IPDAS. Daripada 244 orang graduan, 83 orang daripadanya merupakan graduan Diploma Dakwah Islamiyyah, 23 orang graduan Sijil Pengajian Islam dan 138 orang graduan Sijil Asas Pengajian Islam Malaysia. Sehingga kini, IPDAS telah melahirkan seramai 15,526 orang graduan bermula dari tahun 1979 sehingga 2022.

  3. Hadir bagi menyempurnakan Majlis Istiadat pada kali ini ialah YB. Senator Datuk Haji Idris Bin Ahmad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahli-ahli Lembaga, Pengarah-pengarah Jabatan / Negeri, Ahli Jawatankuasa Penasihat Akademik dan Pengara-pengarah Institut Latihan Islam Malaysia. Majlis turut memberi penganugerahan dan penghargaan kepada para graduan yang cemerlang. Antara anugerah yang diberikan ialah satu (1) Anugerah Emas Tuan Yang Terutama Tun (TYT), dua (2) Anugerah Ketua Menteri, dua (2) Anugerah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, satu (1) Anugerah Menteri Tugas-Tugas Khas, Anugerah Yang di – Pertua Muis dan satu (1) Anugerah Ketua Pengarah JAKIM.

  4. Seiring dengan itu, Festival Konvokesyen (FESKO) 2022 turut berlangsung bermula pada 22 September sehingga 24 September 2022 bertempat di perkarangan IPDAS Keningau. Pelbagai aktiviti dan program menarik diadakan sepanjang festival berlangsung antaranya sukan IPDAS seperti memanah, berkuda, e-sport, sepak manggis, indoor games, futsal, futsal bersarung, tarik tali, bola sepak dan beberapa lainnya lagi. Selain itu, IPDAS juga mengadakan pelbagai pertandingan menarik dalam pelbagai kategori seperti pertandingan anyaman ketupat, gubahan tuala dan sabun, busana muslim, nasyid, mewarna untuk kanak-kanak dan banyak lagi pertandingan lain yang boleh disertai. Sepanjang festival juga, terdapat banyak gerai jualan dan pameran disediakan.



DATUK HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
23 September 2022