LOGO JAKIM small

KENYATAAN MEDIA

BERKENAAN

PINDAAN TARIKH UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) TAHUN 2022
KALI KEDUA BAGI SUBJEK UPKK 02/01 ULUM SYARI’AH (AQIDAH DAN IBADAH)

Bil.29/2022

  1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah bersetuju untuk membuat pindaan tarikh Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022 kali kedua bagi subjek UPKK 02/01 Ulum Syari’ah (Aqidah dan Ibadah) berdasarkan pengumuman YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri berkenaan cuti peristiwa pada 28 November 2022 (Isnin).

  2. Tarikh pindaan baharu adalah seperti berikut:


Tarikh Asal

Tarikh Baharu

Subjek

Waktu

28 November 2022 (Isnin)

5 Disember 2022 (Isnin)

Ulum Syariah
(Akidah dan Ibadah)

2.15 - 3.45 petang
(1 jam 30 minit)


  1. JAKIM amat prihatin dengan keputusan yang telah ditetapkan serta menghargai komitmen semua pihak dalam melaksanakan UPKK Tahun 2022.


Sekian, terima kasih.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
25 November 2022