jata negara small
KENYATAAN MEDIA

KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN

JAKIM MENYERU SELURUH RAKYAT MALAYSIA
MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN


Bil. 39 / 2023

    1. Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian, JAKIM mengecam segala bentuk tindakan yang tidak berprikemanusiaan dalam melakukan jenayah perang terhadap masyarakat awam sebagaimana dilakukan oleh rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

    2. JAKIM menyeru seluruh lapisan masyarakat Malaysia untuk sama-sama menyatakan solidariti berterusan terhadap mangsa kezaliman konflik Zionis Israel - Palestin. Segala bentuk sumbangan berterusan boleh dibuat melalui saluran yang betul seperti Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang diselia Kementerian Luar atau Tabung Musaadah JAKIM-YWM serta mana-mana saluran yang sah.

    3. Segala sumbangan yang diuruskan oleh pihak kerajaan ini adalah atas matlamat yang murni iaitu untuk bantuan kemanusiaan seperti perubatan dan kebajikan rakyat Palestin khususnya di Semenanjung Gaza tanpa sebarang caj perkhidmatan mahupun apa-apa kos lain yang terlibat.

    4. JAKIM menyokong sebarang usaha yang dilakukan oleh semua pihak dalam misi kemanusiaan demi membantu dan menyelamatkan mereka yang tidak berdosa.

      Sekian.

      Datuk Hajah Hakimah Binti Mohd Yusoff
      Ketua Pengarah
      Jabatan Kemajuan Islam Malaysia