Kenyataan Media Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI

______________________________________________________________________________________________________________________________________
KENYATAAN MEDIA
PENGERUSI JAWATANKUASA MUZAKARAH
MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA (MKI)
PENGERUSI JAWATANKUASA MUZAKARAH
MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA (MKI)
BERKENAAN
NASIHAT KEPADA UMAT ISLAM SUPAYA BERHATI-HATI DALAM BERBICARA DI MEDIA SOSIAL
____________________________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh: 10 Ramadan 1446H/11 Mac 2025

1. Merujuk kepada situasi semasa ketika ini, kelihatan kebebasan bersuara di media sosial semakin disalahgunakan sehingga boleh menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. la sering kali berbangkit terutamanya melibatkan isu-isu perkauman dan agama. Di dalam mendepani perkara tersebut, Umat Islam adalah diharapkan dapat menjadikan platform di media sosial sebagai wadah terbaik dalam berbicara dan mengeluarkan pendapat serta dapat mengikut lunas-lunas ajaran Islam. la termasuk di dalam perkara yang boleh mencetuskan perpecahan, menganggu gugat keharmonian dan membawa kepada persengketaan.
Sebagai umat Islam, mengutamakan akhlak yang baik dalam setiap percakapan mahupun penulisan termasuk di dalam media sosial adalah satu tuntutan agama dan Islam merupakan sebuah agama yang amat menitikberatkan perihal akhlak. Menggunakan kata-kata yang dapat menyakiti sesama umat Islam, kaum-kaum yang lain atau menimbulkan kebencian adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang amat menekankan kepada perpaduan dan hubungan saling hormat-menghormati.
3. Selain itu, kempen Kalimah Toyyibah yang digagaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sebelum ini adalah bertepatan dengan situasi semasa. Masyarakat perlu mengamalkan budi bahasa yang sopan, santun dan berhemah dalam pergaulan. Rasulullah SAW merupakan contoh terbaik insan yang beradab dan berbudi pekerti tinggi sebagaimana sabda baginda dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Tuhanku (Allah) mendidikku dengan pendidikan yang terbaik." (Riwayat lbnu Hibban). Kalimat ta'dib yang digunakan di dalam hadis tersebut bermaksud suatu proses untuk membentuk keperibadian manusia agar menyedari tentang tanggungjawab kepada Allah SWT sebagai khalifah yang memakmurkan bumi.
4. Renungan dan amalan baik ini turut dapat dijadikan contoh berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Mu'adz bin Jabal RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Lima perkara yang mana jika seseorang itu melakukan salah satu daripadanya maka dia akan mendapat perlindungan dari Allah, iaitu seseorang yang menziarahi orang sakit, atau keluar mengiringi jenazah (ke perkuburan), keluar berperang di medan jihad, pergi kepada seorang pemimpin dengan tujuan untuk menghormati dan memuliakannya, atau seseorang yang duduk di dalam rumahnya lalu manusia selamat darinya (kejahatan lidah dan tangannya) dan dia juga selamat dari (kejahatan lidah dan tangan) manusia.

Riwayat al-Thabrani dalam al-Mu'jam al-Kabir (55)
5. Oleh itu, saya dengan rasa rendah hati ingin menyeru seluruh umat Islam di Malaysia dan kaum-kaum yang lain agar bersikap ikhlas, bertanggungjawab dan berhati-hati di dalam berbicara dalam mengeluarkan pandangan di media sosial. Mudah-mudahan setiap perkataan yang dilontarkan membawa manfaat kepada umat Islam dan kaum-kaum yang lain seluruhnya serta tidak memudaratkan keharmonian kehidupan bermasyarakat di negara kita yang diberkati ini.
Sekian, terima kasih.YANG BERHORMAT DATO' (DR.) HAJI NOOH BIN GADOT
Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI)