
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
BERKENAAN
PENGUMUMAN KEPUTUSAN
UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) TAHUN 2025
UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) TAHUN 2025
Bil. 02/2026
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengumumkan tarikh keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) bagi tahun 2025 pada 25Februari 2026 (Rabu) jam 10.00 pagi.
2. Majlis Pengumuman Keputusan UPKK 2025 akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Bin Hasan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (HalEhwal Agama).
3. Calon/ Ibubapa/ Penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon bermula pada 25 Februari 2026 (Rabu), jam 12.00 tengah hari melalui:
3.1 Laman sesawang di pautan https://semakan.islam.gov.my/ denganmenggunakan No. MyKid/No. Kad Pengenalan Khas dan No. Angka Giliran.
4. Calon/ Ibubapa/ Penjaga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2025 daripada pihak sekolah masing-masing bermula pada 26 Februari 2026 (Khamis)mengikut ketetapan masa yang akan ditentukan oleh pihak sekolah-masing-masing.
Sekian, terima kasih.
DATO’ DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
16 FEBRUARI 2026M / 28 SYAABAN 1447H