
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
BERKENAAN
TULAR DI MEDIA SOSIAL PERLAKUAN USAHAWAN BERPERWATAKAN SEPERTI PEREMPUAN DI TEMPAT AWAM
Bil. 10/2026
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati telah tular di media sosial perlakuan seorang usahawan berperwatakan seperti perempuan di tempat awam. JAKIM telah menghantar laporan berkaitan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) serta Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) untuk mengambil tindakan sewajarnya berpandukan undang-undang serta peraturan yang berkuatkuasa.
2.. JAKIM ingin menasihatkan semua pihak agar berpegang teguh kepada ajaran Islam serta nilai-nilai murni kehidupan. Sebarang perbuatan yang melanggar fitrah insan perlulah dielakkan.
DATO’ DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
19 JULAI 2026 / 4 SAFAR 1448