
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
BERKENAAN
SOKONGAN TERHADAP PINDAAN AKTA 333 KEADILAN MANGSA DAN WARIS KEMALANGAN MESTI DITEGAKKAN
Bil. 11/2026
1. Merujuk kepada Kenyataan Media YB Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertarikh 19 Julai 2026, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyokong penuh terhadap keputusan Jemaah Menteri untuk meminta Akta Pengangkutan Jalan 9187 [Akta 333] khususnya bagi mewajibkan pesalah membayar pampasan kepada mangsa kemalangan atau waris mereka. Ketegasan Kementerian Pengangkutan dalam isu ini amat tepat serta perlu disokong.
2. Langkah ini yang diambil Kerajaan Madani adalah selari dengan prinsip Maqasid Syariah yang memelihara nyawa disamping membela hak mangsa yang telah kehilangan orang tersayang dan menjadi tempat bergantung. Selain itu, usaha ini selari dengan usaha yang sedang digerakkan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk mengkaji secara mendalam terhadap pelaksanaan mekanisme 'diyat' bersama barisan Ashabus Samahah Mufti dan pakar perundangan sejak 11 Februari lalu. JAKIM selaku agensi penyelaras hal ehwal Islam akan sentiasa membantu dalam aspek kajian dan penyelidikan untuk merealisasikan aspirasi ini bersama pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri.
3. JAKIM menyokong penuh usaha tegas Kerajaan Madani untuk mengambil tindakan tegas kepada pesalah undang-undang jalan raya seperti memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah apatah lagi mengakibatkan kematian kepada individu lain. JAKIM juga bersedia memberikan bantuan sokongan dari aspek psikologi serta kerohanian kepada keluarga mangsa nahas terbabit.3. JAKIM menyokong penuh usaha tegas Kerajaan Madani untuk mengambil tindakan tegas kepada pesalah undang-undang jalan raya seperti memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah apatah lagi mengakibatkan kematian kepada individu lain. JAKIM juga bersedia memberikan bantuan sokongan dari aspek psikologi serta kerohanian kepada keluarga mangsa nahas terbabit.
Sekian, terima kasih.
DATO’ DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
19 JULAI 2026 / 4 SAFAR 1448