1. Adalah dimaklumkan bahawa kontrak Perkhidmatan Sewaan Perkakasan ICT Mesra Alam dan Cekap Tenaga Untuk Kegunaan Ibu Pejabat JAKIM oleh Syarikat PC-Soft Sdn. Bhd akan tamat tempoh pada 30 April 2025. Sukacita dimaklumkan juga bahawa Perkhidmatan Sewaan Perkakasan ICT JAKIM yang baharu akan bermula pada 1 Mei 2025 hingga 30 April 2029.

2. Untuk makluman antara lokasi yang terlibat di dalam kontrak sedia ada ini adalah seperti berikut;
a) JAKIM Ibu Pejabat (Blok A, B & D);
b) Masjid Negara;
c) Masjid Putra;
d) Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin;
e) ILIM Bangi;
f) ILIM Jelebu;
g) ILIM Besut; dan
h) Darul Quran.

3. Sehubungan dengan itu, kerjasama dan tindakan YBhg. Dato’/Datin/YBrs. Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk untuk melakukan proses Backup fail/dokumen berkaitan tugasan rasmi di dalam komputer masing-masing selewat-lewatnya 7 April 2025 (Isnin) bagi mengelakkan berlakunya kehilangan fail/dokumen semasa kerja-kerja pemindahan komputer. Sebarang permohonan backup selepas proses pemindahan komputer dilakukan adalah tidak akan dilayan memandangkan semua peralatan ICT tersebut akan melalui proses sanitasi data oleh pihak syarikat.

4. Adalah diingatkan bahawa keselamatan fail/dokumen adalah tanggungjawab pengguna sendiri. Bahagian Pengurusan Maklumat tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan fail/dokumen semasa kerja-kerja pemindahan komputer dilakukan. Sebarang pemakluman berkaitan perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini dimohon menghubungi pasukan Cawangan Operasi Teknikal JAKIM di talian 03-88707237/7243/7242/7244/7225.


UCADMIN JAKIM
Bahagian Pengurusan Maklumat
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Tel: 03-88707244/7233/7237/7243
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.