Sistem e-Daie 2.0 menyediakan pangkalan data pendakwah di kalangan Pegawai JAKIM. Sistem ini menyenaraikan nama-nama penceramah JAKIM yang mempunyai tauliah dan kepakaran dalam pelbagai bidang seperti Al-Quran, Hadith, Usuluddin, Syariah, Muamalat, Kekeluargaan dan sebagainya. Orang Awam dan agensi Kerajaan boleh membuat permohonan penceramah dengan memilih penceramah yang bersesuaian dengan tajuk atau program yang akan dianjurkan.