Mesyuarat Pra Penilaian Audit Sistem Pengurusan Kualiti Ms ISO 9001:2015
Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Encik Mohammad Khalil bin Ibrahim telah mempengerusikan Mesyuarat Pra Penilaian Audit Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001: 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat Ar-Razzaq pada 5 dan 6 Jun 2024. Mesyuarat tersebut bertujuan untuk membuat audit awal terhadap 27 dokumentasi proses kerja yang telah disediakan sebelum Audit Stage 1 dilaksanakan. Pra Audit tersebut telah dilaksanakan oleh wakil Team Leader Auditor dari SIRIM QAS International Sdn Bhd.
Mesyuarat Pembukaan Pra Penilaian Audit Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001: 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Penyampaian cenderamata kepada Juruaudit dari SIRIM QAS International Sdn Bhd.
Mesyuarat Penutupan Pra Penilaian Audit Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001: 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
AUDIT KECUKUPAN STAGE 1 DI IBU PEJABAT JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA OLEH SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN BHD




BENGKEL PEMANTAPAN JURUAUDIT DALAMAN MS ISO 9001 :2015 OLEH SIRIM ACADEMY SDN BHD
Bengkel Pemantapan Juruaudit Dalaman MS ISO 9001 :2015 oleh SIRIM ACADEMY Sdn Bhd yang telah diadakan pada pada 14 hingga 15 Ogos 2024 bertempat di Bilik Kuliah Sibawayh Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.
Sesi pembelajaran semasa bengkel ini telah disampaikan oleh Encik Fairul Syafizal bin Ibrahim, tenaga pengajar dari SIRIM ACADEMY Sdn. Bhd. Bengkel ini diadakan bertujuan meningkatkan kefahaman dan kemahiran pengauditan pasukan audit dalam sebagai persediaan ke arah pelaksanaan audit dalam pada 27 sehingga 30 Ogos 2024.
AUDIT DALAMAN MS ISO 9001 :2015 BIL.1 TAHUN 2024 OLEH JURUAUDIT DALAMAN DI JAKIM
Pada 27 Ogos sehingga 13 September 2024, Jawatankuasa Induk Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001 :2015 telah melaksanakan Audit Dalam Bil.1 Tahun 2024 terhadap 27 proses kerja iaitu melibatkan 16 bahagian. Audit Dalaman ini telah diketuai oleh Ketua Juruaudit Dalaman iaitu Encik Abdul Hafiz bin Abdul Karim dan dibantu oleh 32 Juruaudit Dalaman yang terlatih.
Program Audit Dalam ini dilaksanakan adalah untuk menilai keberkesanan sistem kualiti yang diwujudkan dan prosedur kerja dipatuhi berdasarkan Standard ISO 9001:2015. Selain itu, audit ini juga memastikan penambahbaikan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 melalui proses audit yang dijalankan secara terancang dan sistematik berdasarkan standard ISO 9001:2015 serta melaporkan hasil penemuan audit di dalam Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan.
Pembukaan Audit Dalam dimulakan dengan ucapan oleh YBrs. Encik Mohammad Khalil bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan selaku penyelaras Jawatankuasa Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015.
Penutupan Audit Dalam ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato Haji Zamani Ahmad bin Mansor, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan selaku Pengerusi Jawatankuasa Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015. Hasil dapatan dari audit yang telah dilaksanakan, terdapat 15 penemuan Non-Conformity Report (NCR) dan 46 Opportunity for Improvement (OFI) yang telah ditemui. Penambahbaikan dan pembetulan terhadap penemuan ketakakuran bakal diambil tindakan pembetulan oleh pemilik proses.