AUDIT PEMATUHAN TAHAP 2 SISTEM PENGURUSAN KUALITI DI IBU PEJABAT JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA OLEH SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN BHD
Audit Pensijilan Tahap 2 Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) ISO 9001:2015 oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah dilaksanakan di Ibu Pejabat JAKIM pada 23 dan 24 Januari 2025.
Mesyuarat Pembukaan Audit Pematuhan Tahap 2 Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd yang dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan selaku Penyelaras MS ISO 9001:2015 JAKIM. Mesyuarat telah berlangsung dengan jayanya pada hari khamis, 23 Januari 2025 pukul 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Syura B, Aras 2, Blok B, Kompleks Islam Malaysia.
Mesyuarat Penutup Audit Pematuhan Tahap 2 Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd juga telah diadakan pada hari Jumaat pada pukul 3.30 petang. Secara keseluruhannya tiada NCR (Non-Conformity Report) ditemui namun terdapat 5 OFI (Opportunity for Improvement) terdiri daripada 5 Bahagian terlibat iaitu Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Bahagian Maqasid Syariah, Bahagian Penyelidikan dan Bahagian Dakwah bagi peluang penambahbaikan terhadap proses kerja.
BENGKEL PEMANTAPAN JURUAUDIT DALAMAN MS ISO 9001 :2015 TAHUN 2025 OLEH SIRIM ACADEMY SDN BHD



