WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

PUTRAJAYA, 9 Julai 2019 - Bahagian Pengurusan Halal JAKIM dan Sekretariat Majlis Halal Malaysia sekali lagi mengadakan satu perbincangan bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi memperincikan skop kerjasama dalam usaha memastikan agenda memperkasa pensijilan Halal Malaysia dapat terus dilaksanakan.
 
Pertemuan yang berlangsung di Blok D, Kompleks Islam Putrajaya ini adalah perbincangan susulan daripada kunjungan hormat FAMA ke JAKIM pada 28 Mei 2019 bertujuan untuk menyatakan kesediaan FAMA bagi bekerjasama dengan JAKIM seterusnya dapat berperanan sebagai agensi pembimbing usahawan FAMA dalam memastikan FAMA mampu memandu usahawan mereka memenuhi standard serta prosedur pensijilan halal Malaysia secara menyeluruh.
 
Perbincangan yang berlangsung selama satu jam ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Bukhari Md. Akhir, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Malaysia dan turut disantuni oleh YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee, Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia. Pertemuan turut memperincikan hasrat FAMA dalam mewujudkan Unit Halal di FAMA yang dilihat sebagai satu usaha yang sangat baik demi memastikan Sistem Jaminan Halal yang terintegrasi secara dalaman (Halal Built-in) mampu dilaksanakan sebagai satu komitmen FAMA untuk memastikan semua usahawan mereka sentiasa memenuhi piawaian halal yang telah ditetapkan. 
 
Semoga kerjasama yang dirancangkan ini dapat diteruskan dengan lebih erat pada masa akan datang bagi memastikan  hasrat kerajaan di dalam memartabatkan Pensijilan Halal Malaysia terus di persada dapat direalisasikan.
 
*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-
 
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my/
http://www.islam.gov.my/
 
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaMenerajuiDunia
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
#Rahmah
 
MESYUARAT FAMA 1 090719
 
MESYUARAT FAMA 2 090719
 
MESYUARAT FAMA 3 090719
 
MESYUARAT FAMA 4 090719



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 20 September 2019.
Jumlah Pelawat :12339208