WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Putrajaya, 21-22 Ogos 2019 – JAKIM melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan Wacana Pakar Undang-Undang Tatacara Jenayah bertempat di Bilik Mesyuarat Ar Rasyid, Aras 7 Blok A, Kompleks Islam Putrajaya. Wacana selama dua hari ini telah dihadiri oleh Ketua-Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama (KPPA) dan Pengarah / Ketua Pendakwa Syarie (KPS) Seluruh Malaysia atau wakil. Turut serta dalam wacana ini ialah Tuan Mohamad Kori bin Jusoh, Pengarah BPPPS, JAKIM.
 
Perbincangan dalam wacana ini berkisar mengenai Akta 560 iaitu Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Penceramah yang telah diundang ialah YBhg. Tuan Yusaini Amer bin Abdul Karim yang merupakan Pengarah Pendakwaan Negeri, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perundangan dan pendakwaan sivil di samping turut berpengalaman mengendalikan siri-siri latihan serta menyampaikan ceramah kepada pihak-pihak penguatkuasaan seperti PDRM, JPJ, Jabatan Imigresen , PBT, Kementerian Pendidikan, Jabatan Ukur dan Pemetaan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pegawai Pendakwa dan Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Negeri, Hakim Mahkamah Syariah, ILKAP dan lain-lain.

Wacana seumpama ini dilaksanakan bagi memenuhi sasaran strategik JAKIM 2019-2025 bagi mempertingkatkan kemahiran profesionalisme para Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie dalam memahami undang-undang yang sedang berkuatkuasa agar dapat melancarkan lagi pelaksanaan tugas-tugas yang diamanahkan. Sehubungan dengan itu, BPPPS sentiasa bekerjasama dengan rakan strategik seperti agensi-agensi Penguatkuasaan dan Pendakwaan di samping sentiasa merujuk kepada Bahagian Undang-undang JAKIM, Jabatan Peguam Negara serta Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri bagi meningkatkan sinergi kerjasama dalam bidang perundangan untuk mencapai matlamat tersebut.
 
Antara objektif yang telah dicapai melalui wacana pada kali ini ialah peningkatan kefahaman KPPA dan KPS mengenai Undang-undang Tatacara Jenayah (Akta 560), perkongsian isu-isu yang berlaku semasa pelaksanaan tugas penguatkuasaan dan pendakwaan dengan berpandukan peruntukan undang-undang Tatacara Jenayah Syariah yang sedang berkuatkuasa dan perkongsian kepakaran dan pengalaman. Di samping itu juga, jalinan kerjasama strategik antara bidang perundangan syariah dan sivil telah dapat dipertingkatkan.

Melalui sesi perkongsian maklumat dan pengalaman dengan pakar undang-undang sivil, JAKIM percaya bahawa ia merupakan platform terbaik bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie dalam melahirkan modal insan yang lebih mantap budaya kerjanya, berdaya saing dan berinovasi daripada segala aspek.
 
wacana19 2
 
wacana19 3

Peserta Wacana Pakar Undang-Undang Tatacara Jenayah tekun mendengar penerangan penceramah undangan

 
wacana19 4
 
 
wacana19 5
 

Sesi perbincangan mengenai isu-isu yang berlaku semasa tugas penguatkuasaan dan pendakwaan dengan merujuk Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah yang sedang berkuat kuasa

wacana19 1
 
 Penyampaian cenderahati kepada penceramah undangan
iaitu Tuan Yusaini Amer bin Abdul Karim, Pengarah Pendakwaan Negeri Pulau Pinang

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 20 September 2019.
Jumlah Pelawat :12339052