Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:48 Syuruk : 7:08 Zohor : 1:10 Asar : 4:32 Maghrib : 7:06 Isyak : 8:20

Daripada Abu Hurairah RA berkata Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak berhajat untuk dia meninggalkan makanannya dan minumannya.”   (Hadith riwayat al-Bukhari, No. 1903, 6057, Abu Dawud, No. 2362, at-Tirmizi, No. 707, Ibn Majah, No. 1689).
 
 

Matan Hadith :

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ

]صحيح البخاري , كتاب الصوم , باب من لم يدع قول الزور والعمل به في الصوم , حديث رقم 1903 , عن أبي هريرة رضي الله عنه[

Pengajaran Hadith :
 
  1. Ibadah puasa merupakan ibadah jasmaniah dan rohaniah. Ia menjadi ibadah jasmaniah kerana menuntut kepada setiap yang berpuasa menahan lapar dan dahaga, serta daripada melakukan perkara lain yang membatalkan puasa.
  2. Puasa dikatakan sebagai ibadah rohaniah kerana ia menuntut agar setiap yang berpuasa bukan sahaja menjalani ibadah jasmaniah bahkan rohaniah iaitu dengan berpuasa daripada segala perkara termasuk ucapan, perbuatan dan lintasan hati daripada segala perkara yang akan mengurangkan pahala ibadah puasa dan maksiat
  3. Antara perkara yang ditegah dalam Islam adalah percakapan dan perbuatan yang membawa kepada pendustaan. Justeru, setiap Muslim hendaklah menjauhi percakapan dan perbuatan dusta agar ibadah puasa yang dilakukan mendapat pahala dan tidak menjadi sia-sia, serta membuahkan natijah kepada rohaniah orang yang berpuasa.
 
Sumber Rujukan :
 

1-  Kitab Sahih al-Bukhari

2-  Kitab Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari Li Ibn Hajar al-Asqolani

3-  Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Li an-Nawawi




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 12 Disember 2018.
Jumlah Pelawat :12248226