Kurator Berita : Bahagian Dakwah
KARNIVAL IBNU 'AUF PERINGKAT KEBANGSAAN KALI PERTAMA TAHUN 1437H/ 2015M
 
Karnival Ibnu Auf 1437H 1
 
"Semoga usaha sama antara agensi kerajaan dan swasta seumpama ini di Malaysia akan terus kukuh lebih-lebih lagi dalam konteks melaksanakan dakwah secara 'amal jama'ie' yang pastinya mendatangkan manfaat ilmu yang besar kepada masyarakat yang hadir. Saya melihat Karnival ini sarat dengan pengisian aktiviti yang baik. Tinggi harapan saya agar semua pihak yang hadir dapat merasai kesan ilmu dan hikmah di sebalik hasrat penganjurannya."
Sumber : Perutusan Yang Amat Berhormat Dato' seri Diraja Dr. Haji Zambry bin Abdul Kadir
SPSA.,SPMP., DGSM., DPMP., AMP.PAT., AMS., Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
 
"Pendekatan memakmurkan dakwah menjadi tema penganjuran karnival yang julung-julung kalinya diadakan merupakan satu pendekatan yang sangat dituntut oleh Islam bagi mengislah ummah melalui pembangunan ilmu, pembangunan insan, sistem ekonomi, perpaduan, pertahanan negara dan seumpamanya. Di kala umat Islam sedang berhadapan dengan pelbagai corak cabaran pada hari ini, peranan dakwah perlu dikedepankan. Menyeru dengan ilmu dan kebijaksanaan akan menjadi agen pemangkin kepada wujudnya kesatuan antara semua pihak yang melaksanakan gerak kerja dakwah tanpa mengira latar belakang agensi mahupun syarikat."
Sumber : Perutusan Yang Berhormat Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
 
Program ini merupakan inisiatif berterusan Jakim bersama 22 buah agensi/ syarikat yang disatukan di bawah Sekretariat Dakwah Korporat (SDK) Jakim melaksanakan Majlis Tilawah al-Quran Government-Linked Companies (GLCs) Peringkat Kebangsaan Kali Pertama Tahun 1436H/ 2014M sempena Karnival Islam Telekom Malaysia Berhad (TM). Pada tahun 2015, Syarikat Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) telah dipilih sebagai tuan rumah melalui persetujuan yang telah disepakati dalam Mesyuarat SDK Jakim Bil. 7/ 2015 pada 9 Julai 2015 di IKIM, Kuala Lumpur. PETRONAS pula telah memilih Kompleks Canselor Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan sebagai lokasi penganjuran program bermula 19 hingga 21 November 2015.
 
Memetik kata-kata YBhg. Dato' Raiha Azni Abdul Rahman, Naib Presiden Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan PETRONAS dan YBhg. Datuk Ir (Dr.) Abdul Rahim bin Haji Hashim, Naib Canselor UTP seperti berikut :
"Terima kasih kepada Jakim kerana memberi kepercayaan kepada PETRONAS menjadi tuan rumah karnival pada tahun ini. Saya juga ingin menarik perhatian semua untuk kita sama-sama meneladani tokoh Ibnu 'Auf yang dijadikan jenama bagi karnival ini. Beliau merupakan seorang sahabat yang sangat berjaya dalam perniagaannya serta banyak memberikan jasa dan kebaikan kepada masyarakat melalui kekayaan yang dimiliki." - Ucapan Aluan Naib Presiden Kanan Pengurusan Sumber Manusia PETRONAS.
"Jutaan terima kasih diucapkan kepada Jakim dan PETRONAS kerana telah memilih UTP sebagai lokasi berlangsungnya Karnival kali ini. Kami di UTP amat berbesar hati dengan kepercayaan yang diberikan. Program berteraskan konsep karnival atau festival dakwah seumpama ini amat dekat di hati kami lebih-lebih lagi dalam usaha mendepani cabaran dunia 'urban' selaras dengan pendekatan National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang menjadi keutamaan pimpinan negara. Saya percaya karnival ini dapat menjadi pencetus dan memberi peluang kepada semua untuk membangunkan dan mengukuhkan aktiviti dakwah dalam kalangan sektor korporat di Malaysia." - Aluan Naib Canselor UTP.
Dalam konteks penjenamaan dan penentuan tema karnival ini, YBhg. Dato' Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim melalui Perutusan beliau menjelaskan seperti mana berikut :
""Makmur Dakwah Bersama Korporat" merupakan tema bagi karnival kita pada kali ini. Tema ini dipilih berasaskan kesatuan yang telah wujud melalui penubuhan Sekretariat Dakwah Korporat Jakim sejak tahun 2013. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai pendekatan kreatif dan inovatif dalam mengendalikan dakwah bersama sahabat-sahabat korporat telah kita laksanakan antaranya penganjuran MTQGLCs, MTQ Korporat, CEO Corporate Talk, Program Qurban Bersama Korporat termasuklah Karnival Ibnu 'Auf ini. Matlamat kita tidak lain tidak bukan adalah untuk menyeru dengan hikmah agar kita dapat melaksanakan gerak kerja dakwah secara 'amal jama'ie' dengan lebih berkesan, sistematik dan komprehensif yang akhirnya akan membudayakan dakwah kepada setiap lapisan masyarakat Islam di Malaysia."
"Menjurus aspek penjenamaan Karnival ini, tokoh Abdul Rahman bin 'Auf yang lahir pada 580 Masihi, salah seorang sahabat yang dijamin syurga oleh Rasulullah S.A.W. telah dipilih selari dengan matlamat penubuhan SDK Jakim. Beliau merupakan tokoh Islam yang masyhur dengan gelaran Jutawan Islam (Madinah) yang dermawan pada zaman Rasulullah S.A.W.  yang mejalankan aktiviti-aktiviti perdagangan, jualan borong dan import-eksport selain pernah mengetuai tentera Islam berdakwah ke Jumatul Jandal. Beliau juga merupakan salah seorang pejuang Islam dalam Perang Badar, Uhud dan Tabuk, pelapor hadis dan pernah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Syura semasa pemilihan khalifah Islam yang ketiga. Dengan harta kekayaan yang dimiliki, beliau menjadi tulang belakang kepada kekuatan Islam pada zaman tersebut. Kekuatan inilah yang kita perlukan untuk diganding bersama secara harmoni sebagai pendokong kepada usaha peningkatan prestasi pencapaian dan pertumbuhan sosioekonomi sejajar dengan kemajuan modal insan di Malaysia."

Mesyuarat-mesyuarat Persiapan Program

Karnival Ibnu Auf 1437H 2
Lokasi Brainstorming I : Petronas, Aras 64, Menara 1, Menara Berkembar Petronas, KLCC
 
Karnival Ibnu Auf 1437H 3
Lokasi Brainstorming II : Kompleks Canselor UTP
 
Karnival Ibnu Auf 1437H 4
Lokasi Mesyuarat : Bilik Senat UTP
 
Karnival Ibnu Auf 1437H 5
Mesyuarat dan sesi lawatan lokasi program bersama YBhg. TKPPI Jakim
 
Karnival Ibnu Auf 1437H 6
Mesyuarat persiapan akhir bersama Jawatankuasa Pelaksana Program ~ Petronas
 
Karnival Ibnu Auf 1437H 7
 
Karnival Ibnu Auf 1437H 8
Mesyuarat persiapan akhir Jawatankuasa Induk & Sesi Cabutan Undi Surah MTQ Korporat
 
Aktiviti promosi program di IKIM dan TV Al-Hijrah
 
Karnival Ibnu Auf 1437H 9
Oleh : Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah & Timb. Naib Canselor UTP
 
Majlis Perasmian Pembukaan Karnival Ibnu 'Auf 1437H & Siaran Langsung Forum Hal Ehwal Islam
 
Karnival Ibnu Auf 1437H 10
Ketibaan Tetamu Kerhormat Majlis
 
Karnival Ibnu Auf 1437H 11
 
Karnival Ibnu Auf 1437H 12
 
Karnival Ibnu Auf 1437H 13
Tajuk Forum : Sunnah Orang Berniaga
 
Karnival Ibnu Auf 1437H 14
Sesi Khas Bersama Tetamu Kehormat Forum Perdana Ehwal Islam
 
Majlis Tilawah Al-Quran Syarikat-Syarikat Korporat Malaysia Peringkat Kebangsaan
Kali Ke-2 Tahun 1437H/ 2015M (MTQ Korporat 1437H)
 
Karnival Ibnu Auf 1437H 15
Gandingan Juru Acara Majlis Jakim dan Petronas
 
Karnival Ibnu Auf 1437H 16
Persembahan Pembukaan MTQ Korporat 2015 oleh Johan Qari MTQGLCs 2014 dari Petronas
 
Karnival Ibnu Auf 1437H 17
Pemenang-pemenang MTQ Korporat 2015
 
Karnival Ibnu Auf 1437H 18
22 Peserta MTQ Korporat 2015
 
Malam Kesenian Islam
 
Karnival Ibnu Auf 1437H 19
 
Karnival Ibnu Auf 1437H 20
 
Seminar Warisan Ibnu 'Auf 1437H
 
Karnival Ibnu Auf 1437H 21
 
Majlis Penutup Karnival Ibnu 'Auf 1437H
 
Karnival Ibnu Auf 1437H 22
 
Karnival Ibnu Auf 1437H 23
Ketibaan Tetamu Kehormat Majlis
 
Karnival Ibnu Auf 1437H 24
 
Karnival Ibnu Auf 1437H 25
Persembahan daripada Kumpulan Gamelan UTP : Sanggar Kirana & Kumpulan MUHANDIS
 
Karnival Ibnu Auf 1437H 26
 
Karnival Ibnu Auf 1437H 27
Ucapan Perasmian Penutup oleh YB Exco Agama Negeri Perak Darul Ridzuan mewakili
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
 
Karnival Ibnu Auf 1437H 28
Ucapan Aluan oleh YM Raja Iskandar Ariffin bin Raja Azman, Ketua Pengurusan Sumber Manusia
Syarikat Kumpulan PETRONAS dan YBhg. Tuan Haji Noordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Dasar Jakim
 
Karnival Ibnu Auf 1437H 29
Pemenang Hadiah Utama Cabutan Bertuah - Mahasiswa Post-Graduate UTP
 
Karnival Ibnu Auf 1437H 30
Pemenang Booth Syarikat Terbaik - Lembaga Tabung Haji
 
Karnival Ibnu Auf 1437H 31
Penyampaian Cenderahati kepada barisan Hakim MTQ Korporat
 
Karnival Ibnu Auf 1437H 32
Johan Qari dan Qariah menerima Wang Tunai RM5000, Pakej Umrah Tajaan TH,
Piala dan Sijil Penyertaan
 
Karnival Ibnu Auf 1437H 33
Johan Keseluruhan - Lembaga Tabung Haji
menerima Piala Pusingan YB Menteri di JPM & Sijil Penghargaan
 
Karnival Ibnu Auf 1437H 34
Tetamu Kehormat bersama peserta-peserta MTQ Korporat 2015
 
Karnival Ibnu Auf 1437H 35
Urus setia Jakim - Petronas
 
 
Kredit Foto :
Bahagian Penerbitan
PETRONAS
Bahagian Dakwah