Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal
Putrajaya – 7 Sya’aban 1439H bersamaan 23 April 2018 (Isnin), Satu Bengkel Meja Bulat Pembangunan Dasar Halal Negara Bagi Kluster Kerajaan Bil 2/2018 telah dijalankan.
 
Bengkel ini diadakan rentetan daripada keputusan Mesyuarat Majlis Halal Malaysia pada 03 Mac 2017 yang telah bersetuju untuk membangunkan Dasar Halal Negara.
 
Usaha ini akan dapat memperkukuhkan lagi dasar-dasar sedia ada dan komitmen serta perancangan kerajaan dalam memajukan ekosistem Halal Malaysia supaya kekal sebagai peneraju dan rujukan halal global.
 
Gerak kerja ini melibatkan kerjasama beberapa pihak iaitu sektor kerajaan, industri, akademi dan pengguna.
 
Selain itu, pembangunan dasar ini juga penting sebagai panduan dan rujukan kepada pelbagai pihak baik di peringkat kerajaan mahupun swasta dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti pembangunan industri, pensijilan, pembangunan sumber manusia, penyelidikan dan teknologi serta pengantarabangsaan.
 
Bengkel yang diadakan di Ruang Aktiviti, Aras 7, Bahagian Hab Halal, JAKIM ini telah dihadiri oleh beberapa agensi seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri , Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
 
Turut hadir bersama ialah wakil dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Standard Malaysia, Malaysia Digital Economy Corporation Sdn.Bhd.(MDEC), SME Corporation Malaysia, Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), SME Bank, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Halal Industry Development Corporation (HDC), TEKUN Nasional, Jabatan Agama Islam Negeri dan beberapa agensi utama yang lain.
 
GAMBAR BENGKEL MEJA BULAT 1 23042018
 
GAMBAR BENGKEL MEJA BULAT 2 23042018
 
GAMBAR BENGKEL MEJA BULAT 3 23042018