WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM) KAMPUS JELEBU, NEGERI SEMBILAN (5-6 OGOS 2019) – Bahagian Dakwah dengan kerjasama Gabungan Persatuan Pegawai dan Kakitangan Masjid SeMalaysia (GAPEMAS) serta ILIM Kampus Jelebu telah menganjurkan Kursus Pengurusan Profesionalisme Imam-Imam Tahun 2019 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Jelebu, Negeri Sembilan bermula 5 Ogos hingga 6 Ogos 2018.

Kursus ini disertai seramai 130 orang yang terdiri dari kalangan para pegawai serta kakitangan masjid kariah seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak. Objektif penganjuran kursus yang berlangsung selama dua (2) hari ini ialah untuk memberi pengetahuan-pengetahuan semasa yang berlaku di dalam negara di samping memperkasakan perkhidmatan Imam sebagai agen pendakwah. Antara pengisian kursus ini ialah penerangan peranan pegawai masjid dalam mengimarahkan institusi masjid oleh YBrs. Ustaz Nor Azamir Bin Haji Alias (Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin) dan isu berkaitan akidah semasa oleh YBrs. Ustaz Najmuddin bin Abdul Karim (Pengarah ILIM Kampus Jelebu).

Kursus telah dirasmikan oleh Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (mewakili Pengarah Kanan Bahagian Dakwah). Turut hadir bersama Pengarah ILIM Kampus Jelebu serta Yang Dipertua GAPEMAS, Tuan Haji Muhammad Mukhtar bin Hamzah.

 

3

 

1

 

4

 

5

 

2

 

6

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 16 August 2019.
Jumlah Pelawat :12329185