WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

JERANTUT, PAHANG (30 SEPTEMBER- 2 OKTOBER 2019) - Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bersama, Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah mengadakan satu program yang dinamakan Program Bersama Rakyat (PBR) bersama masyarakat Orang Asli Sungai Kucing, Jerantut Pahang. Kampung Sungai Kucing adalah sebuah Kampung Orang Asli Islam yang mana 100% penduduknya adalah beragama Islam. Jarak perjalanan dari Bandar Jerantut ke KOA Sungai Kucing adalah mengambil masa 2 jam 30 minit higga 3 jam perjalanan, dengan melalui 122km jalan berturap dari Bandar Jerantut dan hampir 20 minit menaiki bot dari jeti Kg Kuala Sat juga bergantung pada keadaan air sungai semasa.

 

Antara tujuan utama program ini adalah menyebar luaskan dakwah, menyantuni dan mendekati masyarakat dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program. Setiap agensi dibahagikan tugasan masing-masing dalam menyantuni masyarakat di sini. Antara aktiviti telah dilaksanakan ialah ziarah dan penyampaian sumbangan kepada penduduk kampung yang terlibat. Selain itu, turut diadakan tazkirah dan kelas fardhu ain, sumbangan dan agihan pakaian terpakai kepada penduduk, sukaneka serta aktiviti yang dinanti-nantikan oleh penduduk kampung ialah Slot Sembang Santai Muzikal bersama penduduk kampung.

 

 

Pada hari terakhir program, seorang masyarakat Orang Asli dari KOA Sg Mas Kuantan yang bersama-sama hadir berhasrat untuk memeluk Islam dan telah disyahadahkan oleh Al Fadhil Qadhi Daerah Jerantut dengan disaksikan oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kefahaman Islam Jakim. Majlis ini menjadikan program ini lebih bermakna buat semua tetamu dan urusetia yang hadir.

 

 

Masyarakat kampung memberikan komitmen yang baik sepanjang program diadakan. Program ini dirasmikan oleh YBhg. Profesor Dr. Juli Edo, Ketua Pengarah JAKOA. Semoga program seumpama ini bukan sahaja dapat menyantuni masyarakat Orang Asli, malah dapat menjalin kerjasama baik antara agensi bagi melaksanakan program seumpama ini.

       

1

 

2

 

3

 

4

 

 

 

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 23 October 2019.
Jumlah Pelawat :12348177