WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

DENGKIL, SELANGOR (13 OKTOBER 2019) - JAKIM melalui Bahagian Dakwah sekali lagi berjaya menganjurkan program Ziarah Mahabbah dan Clean & Green di Taman Permata Dengkil Selangor. Program ini telah dijalankan selama sehari dengan kerjasama beberapa Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Persatuan Komuniti India, Masjid Jameatus Solehah Dengkil, Jawatankuasa Kampung Taman Permata Dengkil, Open University Malaysia Selangor dan Balai Polis Dengkil, Selangor.

 

Program utama pada kali ini ialah aktiviti gotong royong seperti membersih dan mengecat surau, mengutip dan menyapu sampah di sekitar kawasan surau serta memotong rumput-rumput yang terdapat di sekitar kawasan perumahan. Program ini juga diisi dengan aktiviti ziarah rumah ke rumah membabitkan golongan mualaf India, dan non-Muslim India. Objektif kepada penganjuran program ini adalah untuk menyampaikan mesej Islam sebagai agama rahmah untuk semua, mendekati dan menyantuni golongan saudara baru India, menjalinkan hubungan persaudaraan antara masyarakat Islam dengan masyarakat bukan Islam dalam keadaan harmoni serta memupuk kemesraan dan semangat Muhibbah secara bersama. Program ini telah berlangsung dengan jayanya berkat kerjasama dan penglibatan daripada seluruh anggota masyarakat di kawasan taman perumahan tersebut.

 

Hasil daripada program yang diadakan ini juga, semangat perpaduan antara pelbagai kaum dapat dipupuk dan nilai-nilai murni berjaya diterapkan seperti tolong menolong, prihatin, empati dan semangat kebersamaan melalui aktiviti ziarah dan gotong royong yang diadakan. Diharapkan program sebegini akan mampu menjadi jambatan dalam mencapai perpaduan sejagat dan membentuk masyarakat yang mencintai kebersihan, kedamaian, keamanan dan hidup saling hormat menghormati antara satu sama lain.

 

1

 

2

 

3

 

4

 

5

 

6

 

 

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 12 November 2019.
Jumlah Pelawat :12353644