Judul: Petunjuk Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah (Jilid 1) (Edisi Kemas Kini)
Kategori: Buku Jualan
Harga: RM44.50
Sinopsis:
  • Akidah merupakan elemen terpenting yang menjadi tunjang keimanan setiap individu muslim. Namun, terdapat banyak kekeliruan yang timbul dalam kalangan masyarakat berhubungkait dengan persoalan akidah. la juga merupakan isu yang sering diperbincangkan.
  • Dalam senario masyarakat hari ini, kita dapat melihat amat berleluasanya kepincangan pegangan akidah dalam kalangan anggota masyarakat. Natijahnya lahirlah berbagai-bagai fahaman dan anutan dalam masyarakat Islam hari ini. Fahaman yang menggoncangkan pegangan akidah cukup banyak tersebar di kalangan masyarakat Muslim umumnya.
  • Ekoran daripada kekalutan ini maka dirasakan amat wajar buku ini diterbitkan sebagai suatu wadah dan rujukan asas kepada masyarakat Islam bagi memahami dengan lebih mendalam tentang persoalan tersebut seterusnya memperkukuhkan keimanan yang ada berdasarkan penjelasan yang ber al-Quran dan al-Hadis. yang bersandarkan kepada dalil