Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:47 Syuruk : 7:01 Zohor : 1:08 Asar : 4:15 Maghrib : 7:10 Isyak : 8:19

KUALA LUMPUR – 20 Rejab 1439H (7 April 2018), Bahagian Hab Halal, JAKIM telah menyertai pameran sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2018 yang telah diadakan pada 4 hingga 7 April di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur. MIHAS 2018 juga merupakan pameran perdagangan halal terbesar dunia dan kini memasuki edisi ke-15. Pameran ini telah dianjurkan oleh MATRADE bersempena dengan Minggu Halal Dunia (WHC) 2018.

Pameran ini juga turut disertai oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta di Malaysia seperti Jabatan Standard Malaysia, UPEN, MARA, Felda dan lain-lain. Ia turut disertai pelbagai syarikat dari luar negara antaranya dari negara-negara Asean, Turki, Afrika Selatan, Palestin, Iran, Emiriah Arab Bersatu, China, Jepun, Taiwan dan Korea Selatan.

Penglibatan Bahagian Hab Halal di dalam pameran ini adalah merupakan platform terbaik bagi menyampaikan maklumat mengenai Pensijilan Halal Malaysia disamping meningkatkan imej korporat JAKIM seterusnya dapat memperkasakan penjenamaan Halal Malaysia diperingkat global.

GAMBAR MIHAS 1 0407042018

GAMBAR MIHAS 2 0407042018

 GAMBAR MIHAS 3 0407042018

 GAMBAR MIHAS 4 0407042018

GAMBAR MIHAS 5 0407042018

 GAMBAR MIHAS 6 0407042018

 GAMBAR MIHAS 7 0407042018

 GAMBAR MIHAS 8 0407042018




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 24 September 2018.
Jumlah Pelawat :12228874