WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA - Inisiatif Rahmah Halal Malaysia terus diperkasakan dengan penganjuran Program Pengenalan & Kesedaran Pensijilan Halal Malaysia oleh JAKIM bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) pada 26 dan 27 Ogos 2019. Program tersebut telah disertai oleh para pegawai penyelia usahawan unit halal YaPEIM. 
 
Konsep pogram ini adalah berdasarkan elemen penerangan dan Training of Trainer (TOT) yang melibatkan penceramah dan fasilitator dari Bahagian Pengurusan Halal (BPH, JAKIM). Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Datuk Mohamad Nordin Ibrahim turut meluangkan masa merasmikan program ini dan turut disertai Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, YBrs. Puan Parihah binti Hasan serta Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, YBrs. Puan Hajjah Hakimah binti Mohd Yusoff.
 
Objektif utama penganjuran program seumpama ini ialah untuk meningkatkan hubungan dan kefahaman agensi pembimbing usahawan mengenai pensijilan halal Malaysia seterusnya berkongsi informasi  berkaitan prosedur pensijilan halal Malaysia agar peserta dapat berperanan sebagai pemudah cara bagi membantu dan menguruskan usahawan-usahawan di bawah bimbingan mereka untuk memohon pensijilan halal Malaysia kelak. Diharapkan kolaborasi ini akan diteruskan pada masa akan datang demi meningkatkan lagi kesedaran dan membantu untuk menggalakkan usahawan Industri Kecil Sederhana untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
 
Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-
 
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my/
http://www.islam.gov.my/
 
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaMenerajuiDunia
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
#RahmatanLil’Alamin
 
Program YaPEIM Perkasakan Informasi Kesedaran Halal 1
 
Program YaPEIM Perkasakan Informasi Kesedaran Halal 2
 
Program YaPEIM Perkasakan Informasi Kesedaran Halal 3
 
Program YaPEIM Perkasakan Informasi Kesedaran Halal 4
 
Program YaPEIM Perkasakan Informasi Kesedaran Halal 5
 
Program YaPEIM Perkasakan Informasi Kesedaran Halal 6
 
Program YaPEIM Perkasakan Informasi Kesedaran Halal 7
 
Program YaPEIM Perkasakan Informasi Kesedaran Halal 8
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 12 November 2019.
Jumlah Pelawat :12353641