WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANDAR ENSTEK - Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC) JAKIM melalui Seksyen Kimia telah mengadakan User Training on Turbomatrix HS 40/Gas Chromatograph (GC-FID) : Theory & Practical dengan kerjasama Perkin Elmer Sdn Bhd. bertempat di Bilik Instrumen 2 MyHAC.

Program latihan yang berlangsung selama tiga hari bermula dari 28 sehingga 30 September 2020 telah dikendalikan oleh dua orang tenaga pengajar iaitu Puan Chong Wei Ser bagi slot teori dan Encik Kho Boon Gee bagi slot praktikal seterusnya menjadi antara latihan utama dalam pembangunan kompetensi staf teknikal di MyHAC termasuk sebagai Approved Signatory dalam memenuhi keperluan standard MS ISO/IEC 17025:2017.

Diharapkan ilmu serta perkongsian yang diperolehi dapat memberi manfaat besar kepada warga MyHac khususnya dan JAKIM umumnya demi pemantapan sistem pengurusan kualiti makmal yang berkredibiliti seterusnya memperkukuhkan lagi imej Halal Malaysia selaku peneraju badan pensijilan halal bertaraf dunia.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my/
http://www.islam.gov.my/

#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaHaveFaith
#MusaadahCovid19
#AgainstCovid19

Program Latihan MyHAC 1Program Latihan MyHAC 3Program Latihan MyHAC 2




QR Code Portal JAKIM
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 27 November 2020.
Jumlah Pelawat :12480622