Bangi, 4 Disember 2017– Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki hari ini telah merasmikan Persidangan Antarabangsa Pengurusan Masjid, Zakat dan Wakaf 2017 (I-MAF). Persidangan ini berlangsung selama 2 hari bermula 4 hingga 5 Disember 2017 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia yang mengangkat tema transformasi ekonomi ummah melalui pengurusan masjid, zakat dan wakaf.

Turut hadir bersama Pengarah Persidangan; Dr. Mahyuddin Ismail, Timbalan Rektor KUIS; Dr. Syukri Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor UMP; Prof. Datuk Dr. Yuserrie Zainuddin dan Pengarah ILIM; Puan Hajah Zaiton Abdul Rahman.

Kolaborasi strategik di antara beberapa agensi Kerajaan, IPTA, institusi bank dan swasta iaitu Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) ,Telaga Biru, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya merealisasikan penganjuran wacana ilmu seperti ini.

Objektif persidangan ini antaranya menyediakan platform kepada para peserta untuk berkongsi maklumat, pandangan dan pengalaman dalam usaha transformasi dan membangun peranan masjid, zakat dan wakaf. Selain itu, menjadi medan percambahan idea yang baru dan inovatif bagi mewujudkan kaedah pembaharuan teknologi serta menyediakan ruang kepada para penyelidik dalam dan luar negara untuk membincangkan hasil penyelidikan dalam bidang pengurusan masjid, zakat dan wakaf.

Seramai 100 peserta hadir dalam persidangan tersebut dengan 20 pembentangan kertas kerja dari para penyelidik, tokoh-tokoh akademik dan agama dari dalam dan luar negara.

maf2

maf1

maf3

maf4

maf5

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 08 December 2017.
Jumlah Pelawat :12154924