Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Unit Indeks Syariah dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu telah mengadakan Wacana Indeks Syariah Malaysia Peringkat Negeri Terengganu pada 6 Disember 2016. Wacana yang diadakan di Dewan Teater, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu telah dirasmikan oleh YB Ghazali bin Taib, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas. Pada majlis yang sama Y.Bhg Tuan Haji Paimuzi Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (pembangunan Insan) Jakim mewakili YBhg Tan Sri Ketua Pengarah Jakim.

Program ini adalah sebahagian daripada siri jelajah penjelasan dan penerangan Indeks Syariah Malaysia ke negeri-negeri bagi memberikan penjelasan mengenai Indeks Syariah Malaysia dan pelaksanaannya di Malaysia. Seramai 300 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan, Pensyarah dan Pegawai-Pegawai Agama seluruh Negeri Terengganu

Sebanyak 2 kertas kerja telah dibentangkan iaitu "Aplikasi Maqasid Syariah dalam Pentadbiran Negara" oleh Prof Madya Dr Arief Salleh bin Rosman (Dekan, Fakulti Tamadun Islam, UTM) dan "Indeks Syariah Malaysia : Satu Pengenalan" oleh Ustazah Nor Safina Zainal (Ketua Unit ISM, Jakim).

Memetik ucapan perasmian, "Saya menyambut baik pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia untuk diaplikasikan di negeri Terengganu kerana nilai kesejagatan yang ada pada Maqasid Syariah memelihara keperluan asas manusia iaitu agama, nyawa, harta, keturunan dan akal menjadi fokus utama di negeri Terengganu. Tiada sebab untuk rakyat berbilang bangsa menolak hasrat murni ini untuk mensejahterakan negeri dan negara", katanya.

Pada program ini turut diserahkan Kit Indeks Syariah Malaysia disampaikan oleh Tuan Haji Paimuzi Yahya kepada YB Ghazali bin Taib yang mengandungi pamplet, buku dan profil korporat Indeks Syariah Malaysia.

WACANA EKSEKUTIF

IMG20161206124549

1 4

IMG20161206115804

2 6

IMG20161206132225