Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:46 Syuruk : 7:01 Zohor : 1:07 Asar : 4:15 Maghrib : 7:09 Isyak : 8:18

Bangi, 28 Jun 2018 - SETIAP kejadian yang berlaku di alam ini sama ada hujan, ribut petir, gerhana dan sebagainya perlu dikaji dan direnung secara empirik untuk mendapat formula kejadiannya serta bagaimana ia berlaku. 

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menerusi Kluster Ilmu Teras telah menganjurkan Kursus Falak Syarie di bawah Pelan Operasi Latihan (POL) kepada 22 orang Pegawai Hal Ehwal Islam Gred 41.  Kursus yang berlangsung selama tiga hari (26 hingga 28 Jun 2018) ini bertujuan memberi pengetahuan mengenai asas-asas pengiraan dan geografi dalam bidang falak, memberi pengetahuan dan kemahiran asas berkaitan penentuan arah kiblat dan memberi pengetahuan dan kemahiran asas berkaitan penentuan waktu solat.

"Semua ini adalah simbol kepatuhan dan ketundukan kepada Pencipta.  Ia selari dengan maksud Islam iaitu tunduk dan patuh kepada ketentuan Ilahi," kata pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Mohd Hafiz Safiai.  Beliau berkata demikian ketika membentangkan sesi ceramahnya di kursus tersebut.

Menurut Penolong Mufti Kanan, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Haji Hardi Mohamad Sadali, ”Hasil akhir kegiatan saintifik seseorang Muslim adalah sifat bertakwa yang menjadikan diri pengkajinya tunduk dan patuh kepada kehendak Ilahi.  Ini apabila melihat bahawa semua objek kajian sains di langit dan bumi tunduk patuh kepada Pencipta-Nya.  Di atas paksi inilah seharusnya kajian saintifik moden umat Islam dilakukan.  Sains dan wahyu di sisi saintis Islam dilihat sebagai gabungan yang harmoni, tidak berkonflik seperti anggapan sains Barat," tegas beliau.

Ternyata, manfaat yang selama ini kita nikmati tanpa disedari daripada perkembangan ilmu falak antaranya penentuan takwim dan arah kiblat. Semoga kursus ini berupaya meningkatkan kemahiran berkaitan penyediaan takwim hijri, waktu solat dan arah kiblat serta memantapkan kefahaman mengenai nas-nas syarak berkaitan falak.
 
falak1
 
falak2
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 25 September 2018.
Jumlah Pelawat :12229294