WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) bertanggungjawab dalam menyelaras dan memperkasakan pembangunan modal insan khususnya dari aspek pembangunan latihan dan kompetensi pegawai hal ehwal Islam di seluruh negeri dan persekutuan.

Bagi tujuan tersebut, ILIM telah merangka pelan latihan yang komprehesif iaitu Kamus Kompetensi Perkhidmatan Hal Ehwal Islam JAKIM dan Training Roadmap JAKIM 2020-2025. Ia bertujuan untuk meningkatkan kompetensi Pegawai Hal Ehwal Islam di seluruh negara secara sistematik dan menyeluruh.

Mesyuarat Kerja Kamus Kompetensi dan Training Roadmap TRM JAKIM 2020-2025 telah diadakan pada 28-30 September 2020 di Glory Beach Resort, Port Dickson anjuran Cawangan Pembangunan Profesionalisme (CPP), ILIM Kampus Utama Bangi.

Program ini telah dihadiri oleh Pengarah Kanan ILIM, YBrs. Dr. Nordin bin Ahmad, wakil-wakil bahagian di JAKIM antaranya dari Sekretariat Majlis Halal Malaysia, Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah, Bahagian Pendidikan, Bahagian Pengurusan Halal, Darul Quran, Bahagian Penyelidikan, Bahagian Dasar Kemajuan Islam serta pegawai-pegawai kanan ILIM.

Melalui pelaksanaan Kamus Kompetensi dan TRM, ia diharap akan melengkapkan pegawai perkhidmatan Hal Ehwal Islam yang berkompetensi tinggi, seterusnya dapat melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawabnya dengan berkesan.  Impaknya,  produktiviti dan prestasi perkhidmatan Hal Ehwal Islam akan terus meningkat.  











QR Code Portal JAKIM
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 27 November 2020.
Jumlah Pelawat :12480621