WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

3 September 2019: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia buat pertama kalinya telah menganjurkan 1st International Forum On Islamic Thought: Revitalizing Maqasid Shariah Towards A Compassionate Governance (I-Fit) yang berlangsung di Everly Hotel Putrajaya. Program ini dihadiri oleh 500 orang peserta yang terdiri daripada ahli akademik, kakitangan awam serta orang awam yang berminat mendengar pembentangan daripada tiga orang tokoh yang hebat dalam bidang masing-masing.
 
1st I-FiT ini telah menampilkan Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa Peringkat 1441H Sheikh Abdullah Bin Bayyah sebagai Pembentang utama bertajuk “Compassionate and humanity: Empowering Governance in Multi-Racial Society” (Rahmah dan Kemanusiaan: Pemerkasaan Tadbir Urus dalam Kehidupan Masyarakat Berbilang Bangsa).
 
Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1441H Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang sebagai pembentang ke-2 bertajuk “Maqasid Shariah in Environmental Sustainability” (Maqasid Shariah Dalam Memelihara Pelestarian Alam Sekitar) manakala YBhg Prof Madya Dr Sharifah Hayati Syed Ismail menyampaikan pembentangan bertajuk “State Of Compassionate: Malaysian Model in Managing Diversity” (Negara Rahmah:Model Malaysia dalam Pengurusan Kepelbagaian).
 
Dalam ucapan beliau, Sheikh Abdullah bin Bayyah berpesan bahawa untuk mencapai keharmonian dan kesejahteraan, ummah hendaklah mengamalkan beberapa prinsip. Antaranya ialah menyampaikan salam, kemuliaan kepada setiap manusia, persaudaraan, tabiat manusia mematuhi syariat, keadilan, melaksanakan janji, kewarganegaraan, kebajikan dan menjaga kemaslahatan.
 
Perasmian program ni disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr Mujahid Bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Semasa majlis penutupan ini juga, YB Menteri turut membuat pelancaran sebuah buku yang baru diterbitkan bertajuk ‘Pelopr Teori Maqasid Syariah’. Buku ini memaparkan 11 orang ilmuan yang menyumbang dalam pembangunan teori Maqasid Syariah di mana salah seorang daripada tiga orang yang masih hidup adalah penerima anugerah tokoh antarabangsa Maal Hijrah 1441H iaitu Syaikh Abdullah bin Bayyah.
 
Semoga program dan perkongsian ilmu daripada ulama dan tokoh-tokoh hebat ini akan membawa rahmat dan manfaat untuk semua.
 
1st International Forum On Islamic Thought 1
 
1st International Forum On Islamic Thought 2
 
1st International Forum On Islamic Thought 3
 
1st International Forum On Islamic Thought 4
 
1st International Forum On Islamic Thought 5
 
1st International Forum On Islamic Thought 6
 
1st International Forum On Islamic Thought 7
 
1st International Forum On Islamic Thought 8
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 12 November 2019.
Jumlah Pelawat :12353645