WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah MKI Kali Ke-115 pada 5 September 2019 yang lalu. Ia dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Wan Zahidi bin Wan Teh yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI. Ia turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Haji Nordin Bin Ibrahim, Ketua Pengarah JAKIM merangkap Setiausaha Muzakarah, YBhg. Puan Hajah Hakimah bt. Mohd. Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM , ahli-ahli Muzkarah yang terdiri daripada Ashab al-Samahah para mufti-mufti Negeri atau wakil dan ahli-ahli yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja.

Jawatankuasa Muzakarah MKI (dahulu dikenali sebagai Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia) adalah institusi yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan pandangan hukum syarak di peringkat Kebangsaan. Mesyuarat ini ialah platform tertinggi peringkat Kebangsaan yang menghimpunkan para mufi seluruh Malaysia bagi tujuan penyelarasan hukum syarak untuk diwartakan sebagai fatwa di peringkat negeri. Walaupun pandangan hukum ini diputuskan dari satu badan diskusi dan mesyuarat yang dilihat tidak mempunyai implikasi undang-undang, tetapi apabila ia difatwakan di peringkat negeri, ia akan memperlihatkan nilai autoriti dan kredibiliti Muzakarah yang masih kekal sehingga sebagai rujukan tertinggi hukum syarak di peringkat nasional.

Institusi yang mengeluarkan hukum syarak ini tidak terletak kepada seorang individu sahaja, tetapi dihasilkan secara kolektif mengikut tatacara yang telah ditetapkan. Kaedah ini menjadikan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah MKI sebagai suatu institusi yang gah dan unik kerana ia memberi nilai kepada kuasa pewartaan, penyeragaman dan penguatkuasaan fatwa di peringkat negeri.

Mesyuarat kali ini telah bersetuju menerima sighah pandangan hukum berkenaan kajian “Analisis Hukum Konsep Minda Bawah Sedar dan Hukum Penggunaan Hipnosis dalam Latihan Minda Bawah Sedar” dan keputusan berkenaan “Isu-Isu Etika dan Hukum Berkaitan Penjagaan Akhir Hayat (End of Life Care) dalam Konteks di Malaysia”.
 
Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah MKI Ke 115 2019 1
 
Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah MKI Ke 115 2019 2
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 12 November 2019.
Jumlah Pelawat :12353645