WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Kuala Lumpur, 17-19 September 2019 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Muzakarah Falak Peringkat Kebangsaan Tahun 2019.

Muzakarah ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Muhamad Nordin bin Ibrahim; Ketua Pengarah JAKIM. Beliau juga telah menyempurnakan pelancaran Persatuan Jurufalak Syarie (JUFAS) iaitu persatuan yang dianggotai oleh pegawai-pegawai falak seluruh Malaysia dan khirrij falak Institut Pengajian Tinggi dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Muhamad Saiful Anwar bin Nawawi.

Perasmi dalam ucapan beliau menyatakan kepentingan program muzakarah ini sebagai medan perbincangan pakar dan pegawai berkaitan falak. Beliau juga memuji peranan penting yang telah dimainkan oleh semua pakar, penyelidik dan pegawai falak dalam membantu JAKIM menyelaras hal ehwal falak di Malaysia sehingga ketetapan falak di Malaysia menjadi rujukan negara serantau dan Asia terutama dalam penetapan tarikh awal puasa, hari raya dan takwim hijri. Beliau menaruh harapan agar falak dapat dijadikan Model Malaysia sebagaimana bidang yang lain.

Program yang dihadiri oleh 70 orang peserta ini terdiri daripada Pegawai Falak Seluruh Malaysia, ahli Panel Pakar Falak JAKIM, Ahli Jawatankuasa Falak Wilayah Persekutuan, ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan, Pensyarah Kanan Universiti, Jabatan Jkur dan Pemetaan Malaysia, penyelidik-penyelidik dan pelajar PhD / Sarjana Falak.

Muzakarah Falak Peringkat Kebangsaan selama 3 hari 2 malam bertempat di Kuala Lumpur ini telah mengemukakan 12 orang pembentang yang telah mengupas 6 tajuk berkaitan isu dan kajian falak. Antara tajuk perbincangan adalah Perbandingan Taqwim Hijri Global Antara Takwim Uhadi (single calendar) dengan Takwim Thunai (dwicalendar), Kajian Penilaian Semula Parameter Matahari di Bawah Ufuk Bagi Penentuan Awal Waktu Subuh di Malaysia, Isu Status Imej Hilal Selepas Cerapan Dalam Pensabitan Awal Bulan Kesesuaian Balai Cerap, Tempat Cerapan Rasmi di Malaysia dan Titik Paling Barat (Pulau Perak), Gerhana Matahari Cincin 2019 dan Waktu Solat Luar Negara.
 
 
Muzakarah Falak Kebangsaan 2019 1
 
Muzakarah Falak Kebangsaan 2019 2
 
Muzakarah Falak Kebangsaan 2019 3
 
Muzakarah Falak Kebangsaan 2019 4
 
Muzakarah Falak Kebangsaan 2019 5
 
Muzakarah Falak Kebangsaan 2019 6
 
Muzakarah Falak Kebangsaan 2019 7
 
Muzakarah Falak Kebangsaan 2019 8
 
Muzakarah Falak Kebangsaan 2019 9
 
Muzakarah Falak Kebangsaan 2019 10
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 12 November 2019.
Jumlah Pelawat :12353644