VISI
Peneraju Pembelajaran dalam Bidang Pengurusan Hal Ehwal Islam menjelang 2025
 
 
MISI
Membangunkan Modal Insan melalui Pembelajaran yang Strategik, Holistik dan Inovatif bagi Memperkasa Pengurusan Hal Ehwal Islam.
 
 
OBJEKTIF
Meningkatkan Pengetahuan, Kompetensi dan Profesionalisme Perkhidmatan Hal Ehwal Islam melalui Pembelajaran yang Strategik, Holistik dan Inovatif merangkumi:-
  1. Melatih Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam dalam Bidang Kepimpinan dan Pengurusan Islam melalui Kursus-Kursus yang ditawarkan;
  2. Meningkatkan Kompetensi Perunding Latihan melalui Pembelajaran Formal daripada Institusi yang Bertauliah;
  3. Membangunkan Modul Pembelajaran yang Bersepadu, Holistik dan Efektif;
  4. Menyediakan Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif;
  5. Menyebar Luas Jaringan Kerjasama Strategik dengan Agensi Dalam dan Luar Negara untuk Melaksanakan Program Pembelajaran;
  6. Melaksanakan Pengurusan Program Pembelajaran yang Cekap, Efektif dan Sistematik;
  7. Menjalankan Kajian dan Penyelidikan yang Berstruktur berkaitan Bidang Latihan bagi Keberkesanan dan Penambahbaikan Modul serta Penerokaan Aspek Latihan yang Baharu.
 
 
PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji untuk merancang dan melaksanakan latihan yang berkualiti dan menepati keperluan pelanggan dengan:
  1. Menghebahkan penawaran program latihan dalam tempoh 1 bulan sebelum dilaksanakan.
  2. Memberi maklum balas status permohonan program latihan dalam tempoh 2 minggu sebelum pelaksanaan.
  3. Menyediakan perunding latihan ILIM yang kompeten mendapat skor purata penilaian minimum 3.5 pada skala 1 – 5 dalam penilaian kursus.
  4. Menyediakan penceramah yang kompeten mendapat skor purata penilaian minimum 4 pada skala 1 – 5 dalam penilaian kursus.
  5. Mengurus kursus dengan cekap serta mendapat skor purata penilaian minimum 4 pada skala 1 – 5 dalam penilaian kursus.
  6. Memastikan prasarana serta keperluan latihan berfungsi dengan baik dan mendapat skor purata penilaian minimum 3 pada skala 1 – 5 dalam penilaian kursus.
  7. Memastikan bayaran semua perkhidmatan dibuat dalam tempoh 14 hari selepas dokumen tuntutan yang lengkap diterima.
  8. Memberi maklum balas terhadap setiap aduan dan pertanyaan dalam tempoh tidak lewat dari 7 hari bekerja.
  9. Memberi maklum balas permohonan penggunaan prasarana dalam tempoh 7 hari bekerja selepas permohonan diterima.