WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

20 Mac 20186: (Kuching) Bidang pendidikan merupakan suatu bidang yang penting dalam pembangunan sesebuah negara. Transformasi kurikulum pendidikan dalam PPPM 2013-2025 memberi penekanan kepada konsep KBAT atau High Order Thinking Skills (HOTS) yang berupaya melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran kritis dan kreatif. Justeru, peranan guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) semakin mencabar. Ini disebabkan tuntutan dari sebilangan ibu bapa yang lebih tertumpu kepada pencapaian akademik anak-anak mereka. Menurut Saavedra dan Opfer (2012) antara cabaran dalam abad ke-21 adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai kemahiran pemikiran aras tinggi yang diperolehi melalui pembelajaran yang bermakna serta berlaku dalam komunikasi yang kompleksdan berkesan.

Peranan guru KAFA dalam menyampaikan ilmu kepada murid-murid amatlah penting dalam melahirkan murid dan masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama. Menurut Jaafar dan Tamuri (2013) peranan guru adalah sebagai pemangkin dalam transformasi sistem pendidikan sesebuah negara dalam melahirkan generasi yang intelektual, berdaya saing dan kompeten dalam semua bidang.

Bagi menjayakan misi murni ini, Latihan Profesionalisme Guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) - Kursus Guru Cemerlang Siri 6 telah dilaksanakan oleh Seksyen Pengurusan KAFA, Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM pada 16 - 20 Mac 2018 bertempat di Pusat latihan Sarawak, telaga Air, Kuching. Latihan pada siri terakhir ini melibatkan sejumlah 117 orang guru KAFA dari zon Sarawak yang mewakili Bahagian Kuching dan Samarahan. Tenaga pengajar pula terdiri daripada pensyarah daripada Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam, Bangi.

Secara keseluruhannya, latihan kali ini telah berjaya memberikan nilai tambah dan pelbagai kemahiran baru di dalam aspek pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) kepada guru KAFA Sarawak dalam memastikan murid KAFA sentiasa cemerlang dalam pengurusan sahsiah diri dan pencapaian akademik.

Rujukan:

Jaafar N & Tamuri A.H. (2013). Hubungan antara efikasi kendiri dengan kualiti guru Pendidikan Islam sekolah menengah kebangsaan Malaysia. Journal ofIslamic and Arabic Education. 5(1), 2013 41-60.

Saavedra, A.R & V.D. Opver. (2012). Learning 21st -century skill a requires 21st – century teaching. Kappan, October 2012. New Style of Instruction, RAND Corp (Santa Monica Ca).

Latihan Guru Kafa 1
Latihan Guru Kafa 2
 
Latihan Guru Kafa 3
 
Latihan Guru Kafa 4
 
Latihan Guru Kafa 5
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 14 June 2019.
Jumlah Pelawat :12307639