WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Latihan Profesionalisme Penyelia KAFA Zon Utara (1) dan Zon Tengah pada 6 hingga 9 Julai 2018 bersamaan 22 hingga 25 Syawal 1439H bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi.

Keberkesanan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) merupakan elemen yang amat penting dalam menentukan kecemerlangan dan kemenjadian seseorang murid. Pemantauan pengajaran guru-guru KAFA yang dilaksanakan secara berkala akan dapat memastikan pelaksanaan PdP mematuhi perancangan dan standard yang ditetapkan. Penilaian pengajaran guru-guru oleh penyelia KAFA merangkumi proses semakan dokumen dan pencerapan semasa proses PdP. Hasil daripada pemantauan tersebut, laporan akan dikeluarkan bagi tujuan penambahbaikan kaedah dan pengurusan PdP.

Justeru, penganjuran program ini bertujuan bagi meningkatkan keupayaan, ilmu dan kemahiran penyelia KAFA Jakim dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran (PdP) sertapengurusan sistem maklumat pendidikan iaitu SIMPENI.

Program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam ini melibatkan seramai 79 orang penyelia KAFA dari negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Ibu Pejabat Jakim. Kursus ini merupakan kursus yang wajib diikuti oleh semua penyelia KAFA lantikan JAKIM seluruh Malaysia. Seramai 6 orang penceramah yang dijemput khas dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam Bangi bagi pengisian slot berkaitan pengurusan PdP.

Majlis Penangguhan program telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Azizan bin Muhammad, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pendidikan Islam, Bahagian Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

penyelia kafa zon utara dan tengah 1

penyelia kafa zon utara dan tengah 2

penyelia kafa zon utara dan tengah 3

penyelia kafa zon utara dan tengah 4

 

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 14 June 2019.
Jumlah Pelawat :12307661