WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Munaqasyah Pengurusan Hal Ehwal Islam Negeri-negeri di Bawah Naungan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Kali Ke-2 telah diadakan pada 7 Oktober 2019M bersamaan 8 Safar 1441H (Isnin) di Istana Negara, Kuala Lumpur.

 

            Munaqasyah ini melibatkan agensi-agensi pengurusan Islam bagi Negeri-negeri di bawah naungan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong iaitu Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah, dan Sarawak serta Pahang. Agensi pengurusan Islam Negeri yang terlibat pula ialah Majlis Agama Islam Negeri, Mahkamah Syariah Negeri, Jabatan Mufti Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri

 

A 1

Munaqasyah yang dipengerusikan sendiri oleh KDYMM Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong ini telah dihadiri oleh semua Pengerusi/Yang Dipertua, Majlis Agama Islam Negeri yang terlibat termasuk YAB Tuan Hj. Adly bin Zahari, Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi, Majlis Agama Islam Melaka dan YB Dato’ IR Hj. Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang merangkap Timbalan Yang Dipertua, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang serta Pengerusi/Yang Dipertua, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Sabah, Sarawak dan Pahang. Munaqasyah ini juga dihadiri oleh Y. Bhg. Datuk Nordin bin Ibrahim, Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), YAA Dato’ Dr. Haji Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Mufti-mufti dan Pengarah-pengarah Jabatan Agama Islam Negeri yang berkenaan.

 

A3

 

Munaqasyah anjuran Istana Negara diadakan bertujuan membincangkan isu-isu semasa hal ehwal Islam dan menyelaraskan pengurusan hal ehwal Islam Negeri-negeri khususnya Negeri-negeri di bawah naungan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

 

A2




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 23 October 2019.
Jumlah Pelawat :12348179