WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dasar Kemajuan Islam bersama-sama Darul Quran, Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) dan Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) telah berkampung di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi selama tiga hari bermula pada 25 hingga 27 Februari 2020 bagi menjayakan Bengkel Pelan Hala Tuju Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) JAKIM.

Pegawai-pegawai daripada semua PPT JAKIM telah memerah idea bagi melonjakkan peranan pusat akademik di bawah JAKIM melalui penyediaan dokumen Pelan Hala Tuju ini yang dibimbing oleh pegawai MAMPU Putrajaya. Turut serta dalam bengkel ini adalah YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo (Pengarah Kanan BDKI), YBrs. Dr. Muhammad Yamin bin Ismail (Pengarah IKMAS) dan YBrs. Tuan Haji Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik (Pengarah IPDAS).

Bengkel kali ini berjaya menghasilkan visi, misi, nilai bersama, teras strategik dan strategi bagi Draf Awal Pelan Hala Tuju PPT JAKIM Tahun 2020 – 2025. Diharapkan pelan ini mampu memacu PPT JAKIM untuk terus menyumbang kepada pembangunan modal insan dan ummah.

bengkel 1

bengkel 2

bengkel 3

bengkel 4

bengkel 5

bengkel 6

bengkel 7




QR Code Portal JAKIM
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 28 October 2020.
Jumlah Pelawat :12470610