WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

MELAKA (10-11 September 2019) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka telah menganjurkan Program Cakna Pergaulan Anda, Cegah Jenayah Tanggungjawab Bersama 2019.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Pn. Hjh Hakimah binti Mohd Yusof mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof dengan menyempurnakan pelancaran Logo CAKNA Pergaulan Anda. Dalam pembentangan kertas utama, peserta program telah diberi pendedahan berkaitan Pencegahan Jenayah Syariah Dalam Konteks Rahmatan Lil’Alamin yang dibentangkan oleh YAA Dato’ Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar serta Prinsip Maqasid Syariah Dalam Pencegahan Jenayah Syariah yang dibentangkan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Zulfakar bin Ramlee, manakala pembentangan terakhir adalah Peranan dan Tanggungjawab Masyarakat Terhadap Pencegahan Jenayah oleh DSP Nor Azlinda binti Haji  Nordin.

Program ini juga telah dihadiri oleh 600 orang peserta terdiri daripada Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie seluruh Malaysia, pemimpin masyarakat, guru-guru, pelajar-pelajar sekolah, kakitangan kerajaan, wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan dan orang awam di sekitar negeri Melaka.

Program selama 2 hari 1 malam ini merupakan salah satu aktiviti yang berteraskan konsep “Rahmah” merangkumi aktiviti menyantuni masyarakat sekitar bandaraya negeri Melaka dengan memberi kefahaman berkaitan Undang-Undang Jenayah Syariah yang sedang berkuatkuasa di Malaysia serta Ceramah Khas berkaitan Ummah Berhemah Negara Rahmah yang disampaikan oleh Sahibul Fadhilah Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka di Surau Ar-Redhuan, Taman Semabok Perdana dengan dihadiri oleh seramai 200 orang ahli jemaah. Di samping itu penganjur juga telah mengadakan Program Ziarah Mahabbah Santun Rahmah kepada pelajar-pelajar di Sekolah Tunas Bakti, Sg. Lereh Melaka.

 

cakna 1

 

cakna 0

 

cakna 10

 

cakna 2

 

cakna 6

 

cakna 12

 

cakna 4

 

cakna 15

 

cakna 7

 

cakna 11

 

cakna 9

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 12 November 2019.
Jumlah Pelawat :12353644