Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 15 Februari 2021 - Kluster Kecemerlangan Kepemimpinan Islam, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan Webinar Pemerkasaan Bahasa Melayu : “Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul” kepada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Agensi Agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta pegawai awam dari pelbagai agensi Kerajaan.

Webinar yang diadakan pada 15 Februari 2021 secara dalam talian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kepada pegawai dalam membiasakan penggunaan tatabahasa yang betul dan tepat dalam menghasilkan penulisan yang berkualiti.

Kursus ini dikendalikan oleh Tuan Haji Jamaluddin bin Haji Mohd. Sulong, Mantan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Cawangan Sabah. Beliau berkongsi pengalaman mengenai kesalahan bahasa yang biasa digunakan oleh pegawai dalam penulisan rasmi mahupun tidak rasmi. Seramai 100 orang peserta menyertai webinar ini menerusi pautan google meet link dan Facebook Live ILIM.

Semoga webinar ini berjaya memberi pendedahan dan kemahiran kepada peserta khususnya dalam menyediakan bahan-bahan penulisan dengan menggunakan tatabahasa yang tepat dan betul.

Betulkan Yang Biasa Biasakan Yang Betul 1
Betulkan Yang Biasa Biasakan Yang Betul 2

Betulkan Yang Biasa Biasakan Yang Betul 3