Kurator Berita : Darul Quran
Seramai 219 orang pelajar Darul Quran JAKIM telah menduduki Peperiksaan Semester Akhir Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat. yang telah dilaksanakan bermula pada 22 Mac sehingga 29 Mac 2021. Dari jumlah tersebut, seramai 107 orang pelajar telah berjaya memperolehi pangkat Mumtaz, 98 orang mendapat pangkat Jayyid Jiddan, 13 orang mendapat pangkat Jayyid dan seorang dengan pangkat Maqbul.

Keputusan peperiksaan ini telah diperakukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Akademik Darul Quran JAKIM yang telah bersidang pada 12 April 2021 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi yang dipengerusikan oleh Dr. Nordin Ahmad, Pengarah Kanan ILIM yang menjalankan tugas selaku Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM. Secara keseluruhannya, 100% pelajar Darul Quran telah lulus dan berjaya menamatkan pengajian yang berjalan selama 3 tahun (6 semester).

Pada tahun ini, jumlah keseluruhan pelajar semester akhir yang mengikuti program pengajian ini adalah sebanyak 512 orang pelajar di mana 219 orang merupakan pelajar yang mengikuti pengajian di kampus Darul Quran Kuala Kubu Bharu dan baki 293 orang adalah dari 10 institusi tahfiz seluruh Malaysia yang menjadi Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ).

Peratusan pelajar yang lulus dan berjaya menamatkan pengajian pada tahun ini pula adalah 100% dengan peratusan pelajar yang mendapat pangkat Mumtaz serta Jayyid Jiddan sahaja adalah sebanyak 83.01%. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya.
 
Keputusan Peperiksaan Semester Enam Diploma DQ 2021 1
 
Keputusan Peperiksaan Semester Enam Diploma DQ 2021 2
 
Keputusan Peperiksaan Semester Enam Diploma DQ 2021 3
 
Keputusan Peperiksaan Semester Enam Diploma DQ 2021 4
 
Keputusan Peperiksaan Semester Enam Diploma DQ 2021 5
 
Keputusan Peperiksaan Semester Enam Diploma DQ 2021 6