WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

 

KUALA LUMPUR, 3 Mei 2019 – Maqasid Syariah yang merupakan pemacu nilai Rahmatan Lil ‘Alamin dijadikan sebagai elemen teras dalam dasar tadbir urus negara merentas pelbagai bidang dan agensi serta diintegrasikan bersama Agenda 2030 Sustainable Development Goals, yang dikenali sebagai MaqSD Goals.

YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) turut menyatakan peranan Kementerian Pertahanan Malaysia dalam melindungi dan mempertahankan kepentingan negara yang menjadi teras kepada kedaulatan, keutuhan wilayah dan kesejahteraan ekonomi amat bertepatan dengan nilai-nilai yang terkandung dalam lima prinsip Maqasid Syariah. YB Menteri di JPM telah menyampaikan Town Hall Maqasid Syariah sempena Nadwah Ilmiah Rahmatan Lil ‘Alamin Peringkat Kementerian Pertahanan Malaysia di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur.

Program yang berlangsung separuh hari ini dihadiri oleh YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia, YBhg. Jen. Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin, Panglima Angkatan Tentera, YBhg. Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali,

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Sahibus Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan, Panglima-Panglima Perkhidmatan dan pegawai-pegawai kanan kementerian terutamanya dalam sektor keselamatan dan pertahanan yang mencecah kehadiran hampir 900 peserta.

Majlis ini diakhiri dengan penyampaian “Profil Maqasid Syariah Dalam Tadbir Urus Negara” oleh YB Menteri di JPM kepada YB Menteri Pertahanan sebagai tanda jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua kementerian dan jabatan.
 
 
9
 
 
 
7
 
  
 
4 copy copy
 
 
 
1 copy copy
 
 
 
6
 
 
 
5
 
 
 
1 copy copy copy
 
 
 
2 copy copy copy 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Last Updated : 23 October 2019.
Jumlah Pelawat :12348177