PUTRAJAYA - Demi memantapkan lagi pembangunan E-Dagang Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pengurusan Halal telah menyantuni satu lawatan kerja dari Bahagian Penyelidikan, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bertempat di Blok D, Kompleks Islam Putrajaya pada 07 Ogos lepas.
Antara lain, lawatan kerja dan perbincangan yang berlangsung sekitar jam 3.30 petang tersebut juga bertujuan untuk berkongsi maklumat berkaitan fungsi dan perjalanan operasi keseluruhan Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM seterusnya menyalurkan informasi terkini berkenaan platform penggunaan aplikasi telefon pintar SmartHalal untuk pembangunan E-Dagang Halal.
Pihak MAIS telah diwakili oleh 4 orang pegawai yang terdiri daripada Bahagian Penyelidikan dan Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Lawatan kerja yang diketuai oleh Puan Norraini binti Nordin, Pengarah Penyelidikan dan Perancangan Strategik MAIS ini telah disantuni oleh Encik Bukhari Md Akhir, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM bersama pegawai dari Seksyen ICT di Bahagian ini.
Semoga pertemuan dan perbincangan seumpama ini akan memberi impak positif kepada pembangunan serta penyelidikan E-Dagang Halal seterusnya dapat membantu masyarakat awam untuk memperoleh informasi berkaitan pensijilan halal dengan lebih sistematik dan berkesan.
*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my/
http://www.islam.gov.my/
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaMenerajuiDunia
#MusaadahCovid19
#AgainstCovid19
#KitaMestiMenang