Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
25 April 2024 | Kota Kinabalu - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pendakwaan Syariah – Pindaan Arahan Ketua Pendakwa Syarie Bil. 1/2024 bertempat di Menara Kastam, Jabatan Kastam Negeri Sabah.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah BPPPS YBrs. Tuan Ahmad Husaini bin Mustafa dan turut hadir semua Ketua Pendakwa Syarie Negeri seluruh Malaysia.

Objektif mesyuarat adalah untuk menyemak dan memurnikan semula Pindaan Arahan Ketua Pendakwa Syarie agar ianya dapat dijadikan rujukan oleh pendakwa syarie seluruh Malaysia.

Mesyuarat Draf Pindaan Arahan KPS Semakan 2024 Jawatankuasa Induk Pendakwa Syarie 1

Mesyuarat Draf Pindaan Arahan KPS Semakan 2024 Jawatankuasa Induk Pendakwa Syarie 2

Mesyuarat Draf Pindaan Arahan KPS Semakan 2024 Jawatankuasa Induk Pendakwa Syarie3