Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

Putrajaya, 24 Julai 2018 – Bahagian Hab Halal JAKIM telah menerima lawatan dari usahawan produk halal, Wilayah Shandong, China. Lawatan yang disertai oleh 10 orang usahawan tersebut bertujuan untuk memperoleh maklumat secara langsung berkenaan pengurusan pensijilan halal Malaysia serta perkara berkaitan produk halal luar negara.

Antara pengisian utama lawatan ialah sesi perkongsian info dan prosedur permohonan pensijilan halal Malaysia yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya. Turut hadir bersama meraikan lawatan ini ialah Ustazah Noorasikin binti Yaacob, Penolong Pengarah, Unit Proses, Cawangan Pengesahan Halal dan Ustaz Mohammad Khalis bin Mohammad Aroff, Penolong Pengarah Kanan, Unit Sijil, Cawangan Pengesahan Halal, Bahagian Hab Halal JAKIM.

Semoga dengan program dan lawatan seumpama ini akan meningkatkan lagi imej dan kefahaman masyarakat berkenaan Pensijilan Halal Malaysia bukan sahaja di peringkat tempatan malahan di peringkat antarabangsa.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

LAWATAN SHANDONG CHINA 24072018 1

LAWATAN SHANDONG CHINA 24072018 2

LAWATAN SHANDONG CHINA 24072018 3